556,404 dos semalam, lebih enam juta lengkap vaksin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BUAT hari keempat berturut-turut, pemberian vaksin harian seluruh negara terus mencatatkan kadar melebihi setengah juta.

Kadar yang tinggi itu sememangnya pencapaian membanggakan dalam usaha negara mencapai imuniti kelompok lebih awal daripada jangkaan.

Semalam, sebanyak 556,404 dos lagi telah diberikan ke seluruh negara menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Pemberian itu merangkumi 343,530 bagi suntikan pertama dan baki 212,874 lagi untuk dos kedua vaksin COVID-19.

Jumlah tersebut juga merupakan pemberian tertinggi vaksin secara harian sejak PICK dimulakan penghujung Februari lalu.

Sebagai rekod, jumlah tertinggi sebelum ini adalah sebanyak 553,871 pada hari Selasa lalu.

Secara keseluruhan, sebanyak 19.502 juta dos vaksin telah pun diberikan ke seluruh negara.

Ia merangkumi 13.184 juta individu atau 40.4 peratus populasi penduduk yang telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, setakat ini, lebih enam juta individu telah melengkapkan dua dos vaksin.

Kata beliau, jumlah lebih enam juta itu atau lebih tepat 6.317 juta merangkumi 19.3 peratus populasi penduduk.

Baca artikel berkaitan: Hampir 19 juta dos telah diberi, 552,701 semalam

Bagi dua dos vaksin, Dr. Adham memaklumkan, Lembah Klang terus mencatatkan pemberian tertinggi melibatkan 2.010 juta atau 23.9 peratus populasi.

Beliau berkata, ia diikuti liputan 1.252 juta (44.5 peratus populasi) di Sarawak; 425,171 (16.9 peratus populasi) di Perak; 422,633 (11.2 peratus populasi) di Johor; dan sebanyak 387,407 (9.9 peratus populasi) di Sabah.

Menurut Dr. Adham, Kedah menjadi penerima keenam tertinggi iaitu sebanyak 289,801 individu melengkapkan dua dos diikuti Pulau Pinang (285,276) dan 251,436 di Negeri Sembilan.

“Seterusnya, Pahang berjumlah 250,342; Kelantan telah mencatatkan 246,521 lengkap dos kedua dan 193,993 di Terengganu.

“Di Melaka pula, sebanyak 172,796 telah lengkap dua dos vaksin diikuti 74,547 di Perlis dan 54,236 di Labuan,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Adham berkata, Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga menjadi penerima tertinggi bagi pemberian satu dos vaksin iaitu sebanyak 5.412 juta.

Selain Lembah Klang negeri penerima dos pertama tertinggi, Sarawak menjadi negeri tertinggi seterusnya iaitu seramai 1.691 juta individu.

Ia diikuti Johor 1.039 juta; Sabah (768,712); Perak (730,190) dan Pulau Pinang (719,576).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This