POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan situasi keselamatan dan ketenteraman awam negara berada pada tahap terkawal.
Perkara itu ditegaskan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, orang ramai diminta tidak gusar kerana PDRM akan mempertingkat pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
“Orang ramai juga dinasihat agar sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan seharian sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak COVID-19,” katanya.
Baca artikel berkaitan:Pembatalan Ordinan Darurat teratur, ikut undang-undang, Perlembagaan – PMO
Agong zahir amat dukacita, pembatalan ordinan darurat belum diperkenan
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

