Ally Iskandar, Hawa Rizwana & Douglas Lim kini penyampai radio

Dari Penulis

PENGACARA Malaysia Hari Ini (MHI), Ally Iskandar dan pembaca berita Buletin Utama di TV3, Hawa Rizwana kini bergelar penyampai radio apabila bakal mengendalikan slot pagi di Kool FM.

Selain Ally dan Hawa, pelakon dan pelawak popular, Douglas Lim antara wajah baharu diperkenalkan dalam rangkaian radio Media Prima Berhad (MPB), RIPPLE bermula Isnin ini.

Semalam, Hot FM terlebih dahulu membuat kejutan memperkenalkan penyampai radio popular dan berpengalaman, Fara Fauzana sebagai rakan gandingan, AG Azmeer dan Fad Bocey menerusi slot Geng Pagi Hot.

Hot FM berharap dapat memberikan sesuatu yang lebih segar dan menyampaikan isi kandungan menarik buat pendengar.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, RIPPLE mengumumkan barisan penyampai radio bagi segmen pagi untuk rangkaian radio, hari ini.

Douglas dipilih bergandingan dengan bekas juara program Flydol yang juga penyanyi dan penulis lirik, Ili mengendalikan slot pagi di Fly FM yang akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat.

Douglas pastinya menggunakan kelebihan dan pengalaman sebagai pelawak, pelakon, pengacara serta ‘stand up’ komedi menerusi platform radio pula. Gandingannya bersama Ili yang mewakili generasi muda pasti memberi kelainan.

Sementara itu, One FM menerusi penyampai sedia adanya iaitu Angeline akan digandingkan bersama Royce yang juga seorang penyampai radio berbahasa Cina.

Selepas empat tahun, Royce kini kembali ke industri penyiaran radio. Penampilan mereka bersama dijangka akan memberikan kelainan kepada stesen radio One FM dengan isi kandungan mereka yang menarik.

Penyampai radio One FM Angeline dan Royce

Untuk maklumat, stesen One FM dan Kool FM akan dikenali dengan jenama baharu bermula Isnin ini.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif RIPPLE, Nazri Noran mengumumkan transformasi perniagaan membabitkan perubahan operasi.

Ia termasuk perubahan kandungan dan barisan penyampai untuk semua rangkaian stesen radio pada 19 Julai lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This