SELAIN menuntut permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam, lima individu termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron turut diarahkan membayar RM200,000 setiap seorang kepada Siti Nordiana.
Tiga individu lain yang turut didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah ialah isteri Lan, Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek; Aida G.
“Kami berlima telah menerima surat tuntutan daripada pihak Siti Nordiana.
“Dalam surat tersebut, dia meminta agar kami membuat kenyataan terbuka memohon maaf dalam tempoh 24 jam berserta syarat lain selain bayaran RM200,000 setiap seorang,” kata Sam menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada pihak media.
Tambah Sam lagi, mereka berlima telah memaklumkan serta menyerahkan surat tuntutan tersebut kepada peguam yang mewakili mereka iaitu Alan Razak untuk penelitian lanjut.
ARTIKEL BBERKAITAN : [VIDEO] Enggan nama ‘busuk’ difitnah, Siti Nordiana tuntut permohonan maaf Lan Solo, Syura & tiga lagi individu , Lima individu sudah terima surat tuntutan Siti Nordiana, minta nasihat peguam , Tempoh 24 jam sudah tamat, Siti Nordiana teruskan tindakan saman
“Kami telah pun memaklumkan serta menyerahkan surat tuntuntan tersebut kepada peguam kami Alan Razak untuk penelitian lanjut.
“Hanya setakat ini sahaja kenyataan yang dapat kami berikan. Terima kasih,” ujarnya.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

