Hawa Rizwana dipilih kerana kredibiliti, bukan populariti

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

DI SEBALIK lambakan pempengaruh digital dan selebriti media sosial yang bersandarkan populariti semata-mata, pengacara serta personaliti televisyen terkenal, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan terus membuktikan mengapa nilai kredibiliti miliknya kekal menjadi buruan jenama-jenama besar.

Terbaharu, bekas penyampai berita itu membuktikan impak pesonanya apabila dipilih sebagai duta rasmi Estika Medispa, sebuah jenama estetika kecantikan terkemuka yang kini gah beroperasi dengan 37 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pelantikan Hawa, 31, bukan sahaja berjaya melonjakkan kesedaran jenama tersebut ke tahap yang lebih tinggi, malah mencatatkan angka peningkatan jualan yang sangat ketara dalam tempoh singkat.

Selektif Demi Kepercayaan Masyarakat

Mengulas mengenai pelantikan tersebut, pengacara, pelakon, dan usahawan berwibawa ini mengakui jadual kerjanya yang sangat padat menuntutnya untuk bersikap sangat selektif sebelum bersetuju menggalas tanggungjawab sebagai wajah wakilan sesebuah produk.

“Secara jujurnya, saya bukan seorang yang mudah untuk menerima sebarang tawaran sebagai duta jenama.

“Bagaimanapun, selepas meneliti dengan mendalam mengenai komitmen Estika Medispa terhadap aspek kualiti serta tahap kepercayaan pelanggan mereka, pintu hati saya terbuka.

“Saya percaya ini adalah sebuah jenama yang mampu saya wakili dengan penuh keyakinan dan membawa impak berkesan buat Masyarakat,” katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan Estika Medispa menjelaskan langkah strategik menyunting Hawa dibuat selepas satu penelitian rapi terhadap landskap industri kecantikan tempatan yang semakin kompetitif, di mana kepercayaan awam perlu dibina secara organik dan sistematik.

Ketua Pegawai Operasi Estika Medispa, Dr. Mohd Hanafi Abdull Habir, menegaskan pemilihan personaliti TV itu adalah bersandarkan pada reputasi bersih dan kredibiliti profesionalnya, bukannya populariti murahan.

“Kolaborasi strategik bersama Hawa terbukti berjaya membawa jenama kami ke skop khalayak yang jauh lebih luas.

“Pada hari ini, lebih ramai rakyat Malaysia bukan sahaja mengenali kewujudan kami, tetapi apa yang paling utama, mereka meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap perkhidmatan kami. Nilai kepercayaan itulah yang sebenarnya kami cari selama ini,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kecewa Tyo Nugros disekat terbang ke Malaysia, Al Ghazali ambil alih posisi dram ubati luka peminat Dewa 19, 23 lagu gegar Unifi Arena

KEBERADAAN pemain dram, Tyo Nugros yang sepatutnya menjadi antara tarikan utama dalam Konsert Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di...

More Articles Like This