Lebih 200 Orang Asli terima vaksin di Kuala Langat

Dari Penulis

VAKSIN…Seramai 120 individu dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Pulau Kempas, Kuala Langat telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 manakala 84 lagi menerima dos kedua.

Kesemua golongan dewasa di Kampung Orang Asli Pulau Kempas itu menerima vaksin dalam program pemberian vaksin komuniti Orang Asli Kuala Langat anjuran Pejabat Parlimen Kuala Langat.

Pegawai Kesihatan membuat persediaan sebelum memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada sebahagaian masyarakat orang asli pada Program Vaksin Komuniti Orang Asli di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Kuala Langat, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Program berkenaan juga mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kuala Langat, Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang dan Persatuan Mujahideen 98 Selangor.

Setakat ini, 80 peratus daripada 350 masyarakat Orang Asli di kampung tersebut telah memperoleh sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Masyarakat Orang Asli di Pulau Kempas itu juga begitu teruja mendapatkan suntikan vaksin yang diadakan dalam sebuah bas yang diubah menjadi pusat pemberian vaksin (PPV).

Pegawai Kesihatan memberi suntikan Vaksin Covid-19 kepada salah seorang orang asli pada Program Vaksin Komuniti Orang Asli di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Kuala Langat, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Pegawai Kesihatan menunjukkan vaksin yang akan diberikan kepada salah seorang orang asli pada Program Vaksin Komuniti Orang Asli di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Kuala Langat, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Pegawai Kesihatan memberi suntikan Vaksin Covid-19 kepada salah seorang orang asli pada Program Vaksin Komuniti Orang Asli di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Kuala Langat, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Pegawai Kesihatan memberi suntikan Vaksin Covid-19 kepada Lopo anak Pipeh, 71, pada Program Vaksin Komuniti Orang Asli di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Kuala Langat, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Pegawai Kesihatan memberi suntikan Vaksin Covid-19 kepada salah seorang orang asli pada Program Vaksin Komuniti Orang Asli di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Kuala Langat, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripada masyarakat orang asli dari suku kaum temuan mengambil peluang merakamkan gambar selepas menerima suntikan Vaksin Covid-19 Program Vaksin Komuniti Orang Asli di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Kuala Langat, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This