Tiada alasan pertahan kerajaan ingkar, culas, gagal – Tok Mat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIADA apa alasan lagi boleh digunakan untuk mempertahankan kerajaan yang dilihat ingkar, culas dan gagal dalam melaksanakan titah dan nasihat Yang di-Pertuan Agong bagi memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru kebijaksanaan dan hikmah semua Ahli Parlimen UMNO untuk melakukan perkara yang benar serta selari dengan pendirian parti untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kata beliau, kesetiaan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh mengatasi kesetiaan kepada raja, negara dan parti.

Beliau berkata, semua Ahli Parlimen UMNO mesti menjarakkan diri daripada terheret ke dalam krisis antara kerajaan dan pihak istana.

“Mereka tidak boleh berada dalam kedudukan dan pendirian yang boleh ditafsirkan sebagai menyanggah teguran istana kerana ia adalah institusi yang UMNO telah berikrar akan taat dan pertahankan.

“Pilihan wakil rakyat UMNO adalah jelas kecuali mereka memilih sebaliknya, pada saat negara dan rakyat telah hilang segala keyakinan kepada kerajaan PN.

“Saya selalu berpesan agar kita selalu bermuhasabah dan sentiasa sedar serta arif tentang asal-usul kita. Jangan hingga jadi seperti kata pepatah, ‘diberi berkuku, hendak mencengkam’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Agong zahir amat dukacita, pembatalan ordinan darurat belum diperkenan

Mengulas lanjut, Mohamad atau Tok Mat memaklumkan pendirian rasmi UMNO telah pun dinyatakan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, semalam.

Katanya, semua ahli dan pendukung setia parti walau apa pun kedudukan, jawatan serta pangkat sama ada dalam atau luar kerajaan wajib akur dan patuh terhadap pendirian tersebut.

Tok Mat berkata, pendirian parti itu nyata diperkukuh susulan pencerahan menerusi kenyataan daripada Istana Negara, semalam.

“Kerajaan telah jelas membelakangkan institusi diraja, melakukan tindakan tidak berpelembagaan dan tidak berlaku benar di Parlimen yang mulia.

“Jawapan balas kerajaan terhadap kenyataan Istana Negara malam tadi pula telah menyusutkan lagi keadaan.

“Kenyataan tersebut telah menjuruskan Malaysia ke suatu krisis Perlembagaan yang serius. Sikap kerajaan jelas angkuh dan tiada kesusilaan terhadap Yang di-Pertuan Agong,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hantaran undang padah, warga Bangladesh ‘kantoi’ miliki dua pasport ditahan

HANTARAN tular di platform media sosial memaparkan seorang lelaki memegang dua pasport mengundang padah selepas warga Bangladesh itu ditahan...

More Articles Like This