Umar cubai menyaingi abu bakar

Terdapat satu kisah yang berlaku di zaman Baginda s.a.w. Pada ketika itu, umat Islam sedang bersiap sedia untuk mengharungi Perang Tabuk. Kerana perbelanjaan yang tidak mencukupi maka Baginda s.a.w. telah menyeru kepada para sahabat supaya memberi pertolongan dengan menderma mengikut kemampuan masing-masing.

Pada ketika itu saidina Umar r.a. ada memiliki sedikit harta kekayaan. Oleh itu dia berazam untuk menyaingi sahabatnya Abu Bakar r.a. yang selalu membelanjakan hartanya lebih dari apa yang dia belanjakan. Selepas mendengar seruan Baginda s.a.w. maka beliau bergegas pulang ke rumah untuk mengambil harta yang dimilikinya.

Daku pulang dengan perasaan gembira serta terbayang-bayang bahawa aku akan berjaya menyaingi Abu Bakar r.a. Aku telah membahagikan segala harta kekayaanku kepada dua bahagian. Sebahagian aku tinggalkan untuk ahli keluargaku. Manakala sebahagian lagi untuk aku menemui Rasulullah s.a.w.

Apabila saidina Umar bertemu Rasulullah s.a.w. lalu Baginda bertanya padaku,

“Wahai Umar, adakah kamu tinggalkan sesuatu untuk keluargamu?”

Jawabku, “Ya Rasulullah, aku telah tinggalkan separuh dari hartaku untuk mereka.”

Selepas itu datang pula Abu Bakar r.a. yang membawa segala hartanya. Ketika itu aku mendengar Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Abu Bakar.

Keikhlasan hati Abu Bakar membelanjakan harta pada jalan Allah melebihi sesiapa sahaja.

“Apa yang engkau tinggalkan untuk keluargamu wahai Abu Bakar?”

Maka jawab Abu Bakar, “Aku telah meninggalkan Allah dan Rasulnya kepada mereka.”

Mendengar perkataan itu maka berkata Umar,

“Sungguh sejak dari hari ini aku tidak akan menyayingi Abu Bakar lagi untuk membelanjakan harta pada jalan Allah.”

Rentetan dari kisah inilah maka Allah S.W.T. telah menurunkan ayat dari surah al-Maidah ayat 48 bermaksud, “Kerana itu berlumba-lumbalah membuat kebajikan”

Dan hadis dari Hakim b. Hizam, telah menceritakan padanya bahawa Baginda bersabda,

“Sedekah yang paling utama atau yang paling baik adalah sedekah yang diberikan ketika ia mampu. Dan tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah. Dan dahulukanlah pemberian itu kepada orang yang menjadi tanggunganmu.” HR Muslim

_________________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram