Air untuk penawar sakit wanita. Bibir kering tanda dehidrasi

Dari Penulis

JIKA anda berasa tekak yang dahagakan air adalah suatu tanda bahawa badan anda memerlukan cecair H2O tersebut, anda silap!

Bibir yang kering cukup membuktikan bahawa badan anda mengalami dehidrasi walaupun pada ketika anda tidak berasa dahaga.

Badan sentiasa terlibat dengan dehidrasi contohnya melalui pernafasan atau perpeluhan sebagai tindakan untuk membuang toksik dalan badan. Sewaktu dehidrasi, darah dalam badan akan menjadi lebih pekat kerana kekurangan air. Oleh itu, badan terpaksa bekerja lebih kuat untuk memastikan peredaran darah menjadi lancar.

Ini menyebabkan otak akan cepat penat berikutan kekurangan oksigen yang telah digunakan untuk mengepam darah yang likat. Punca kekurangan air inilah yang membuatkan minda kurang konsentrasi dan badan berasa lesu. Simptom dehidrasi lain termasuklah kulit kering, kejang otot, urin berwarna kuning pekat atau berbau.

Jadi sebagai penawar kepada keletihan, minumlah lebih air.

AIR UNTUK CANTIK DAN SIHAT

Seorang pakar kesihatan dalam bukunya yang bertajuk ‘Your Body’s May Cries for Water’ berpendapat, apabila seseorang berasa lapar, badan sebenarnya memerlukan air – bukan makanan.

Air boleh ditemui dalam buah-buahan seperti timun dan tembikai. Susu dan jus juga sesuai untuk mengatasi rasa lapar di luar waktu makan. Mengikut doktor tersebut, apabila badan terhidrasi, sel lemak sukar ‘dimamah’ metabolisme dan menjadikan berat tidak juga berkurangan.

Air juga membantu membina otot. Jika badan mengalami dehidrasi, ia tidak akan produktif sewaktu menurunkan berat.

Peranan air turut membantu sendi untuk membentuk cecair sinovia iaitu pelincir di antara sendi.

Jadi, sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman, minum dua hingga tiga gelas air, satu atau dua jam sebelum bermula. Setiap 10 hingga 20 minit pula, anda dicadangkan mengambil 300 ml air.

KEAJAIBAN AIR

Ada yang lebih ajaib mengenai air. Kajian yang dipetik daripada American Journal of Epidemology melaporkan, wanita yang minum lebih daripada lima gelas air sehari, berjaya menurunkan 41 peratus risiko kematian akibat serangan jantung berbanding wanita yang minum kurang daripada dua gelas air sehari.

Kajian lain pula mendapati, wanita yang minum lebih daripada lima gelas air sehari juga menurunkan 45 peratus risiko mendapat kanser usus berbanding wanita yang minum dua gelas atau kurang dalam jangka masa sehari.

Selain itu, wanita yang minum lebih daripada lima gelas air sehari juga berjaya mengurangkan 50 peratus risiko penyakit buah pinggang kerana air akan bertindak melarutkan kalsium dalam urin dan mengurangkan risiko terbentuknya batu karang.

Satu lagi fakta penting, wanita yang mengambil lebih daripada lima gelas air sehari dikatakan akan menikmati 80 peratus peluang mengurangkan risiko menghidap sakit belakang dan sendi.

8 GELAS AIR SEHARI?

Kita sering mendengar ungkapan ‘sehari = 8 gelas air’. Cukupkah lapan gelas air sehari untuk keperluan badan kita? Sesetengah pakar diet mencadangkan jumlah air yang mencukupi untuk badan ialah 1/3 daripada berat badan dalam paun (1 paun = 0.45 kg).

Keperluan air juga adalah berbeza mengikut anatomi (struktur tubuh) individu masing-masing. Namun, lapan gelas air dikira sebagai purata yang mencukupi untuk badan manusia. Oh ya, lapan gelas yang dimaksudkan ialah air kosong… tidak termasuk air berperisa dan pewarna seperti teh tarik untuk sarapan pagi anda dan minuman berkarbonat untuk hidangan makanan segera kala tengah hari.

TIP MINUM LEBIH 8 GELAS AIR SEHARI

Lapan gelas air sehari memang sukar dipenuhi bagi individu yang tidak gemar minum air. Bagaimanapun, terdapat pelbagai cara untuk membantu anda mencapai matlamat ini.

1. Isi satu jag air dan sentiasa letak berdekatan anda. Sasarkan masa untuk anda habiskannya.

2. Tambah kepingan lemon di dalam air untuk mendapatkan rasa yang segar.

3. Isi air di dalam botol bagi memudahkan anda minum. Ia juga memudahkan anda kerana tanpa sedar, rutin lapan gelas air dapat dipenuhi tanpa tekanan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This