WUJUDKAH vitamin H? Dikenali sebagai co-enzyme R, ia adalah biotin yang terdiri dalam kumpulan vitamin B. Biotin bekerja dengan vitamin B yang lain untuk menukar makanan kepada tenaga.
Boleh ditemui dalam pelbagai jenis makanan, masalah kekurangan biotin jarang berlaku, kecuali anda makan terlalu banyak putih telur yang mentah.

FUNGSI
Biotin berperanan menghasilkan asid lemak yang penting untuk kesihatan kulit, rambut dan saraf serta pelbagai lagi fungsi lain dalam badan manusia. Ia didapati membantu mengelakkan rambut beruban dan masalah keguguran rambut pramatang.
Biotin perlu diambil secara konsisten, memandangkan ia larut dalam air dan boleh dikumuh dalam urin.

SIMPTOM KEKURANGAN BIOTIN
- dermatitis seborea pada bayi baru lahir (kerak putih yang tebal pada kulit kepala).
- ekzema atau dermatitis (kerengsaan kulit).
- beruban atau keguguran rambut sebelum waktu.

PENAWAR DALAM BIOTIN
Kesihatan Rambut
Walaupun tiada bukti saintifik yang menyokong dakwaan ini, namun biotin boleh membantu menghalang rambut daripada beruban dan mengalami masalah botak pramatang.
Kawalan Berat Badan
Oleh sebab biotin memainkan peranan memetabolismekan lemak, ia menjadi makanan tambahan untuk membantu menghilangkan berat badan.

Kulit Sihat
Individu yang menghidapi ekzema atau dermatitis akan merasai perubahan keadaan kulit yang lebih baik apabila mengambil tambahan biotin. Ia juga berguna untuk merawat dermatitis seborea.
Jangkitan Kandida
Tahap biotin yang rendah boleh menyebabkan serangan kulat pada sistem imunisasi. Tambahan dos biotin dilihat membantu dalam mengurangkan jangkitan ini pada sesetengah individu.
Walaupun terdapat sejenis bakteria dalam usus yang menghasilkan biotin, ia senang dimusnahkan oleh antibiotik. Inilah sebabnya, jika mengambil antibiotik, sesetengah individu itu mudah mengalami jangkitan kandida (keradangan vagina yang boleh mengakibatkan lelehan, kegatalan dan kesakitan pada vagina).
Digunakan secara meluas dalam rawatan kulit kering, biotin penting untuk memecahkan lemak dan merancakkan metabolisme dalam badan.
FAKTA BIOTIN
Jumlah pengambilan harian sebenar yang disyorkan (RDA) untuk dewasa: 150 msg
MAKANAN TAMBAHAN
Diet seimbang seharusnya membekalkan 150 msg RDA (Recommended Daily Allowance) biotin. Bayi yang menghidapi dermatitis dan wanita mengandung, mungkin memerlukan lebih biotin.
Individu yang mengambil antibiotik dalam jangka masa panjang (contohnya untuk rawatan jerawat) boleh mengambil sehingga 200 msg biotin. Biotin kebiasaannya disertakan dalam suplimen B-kompleks dan baik diambil bersama makanan.

BERHATI-HATI
Biotin bukan bahan toksik dan tiada kesan mudarat pernah dilaporkan akibat mengambil dos tinggi.
FUNGSI ASAS:
● baik untuk rambut dan kesihatan kulit.
● melegakan ekzema dan dermatitis.
● membantu mengurangkan berat badan.
SUMBER
Biotin sedia ada dalam kebanyakan makanan tetapi dalam jumlah yang sedikit. Jika anda mengamalkan diet pelbagai, anda tidak akan menghadapi masalah kekurangan biotin.
Biotin boleh musnah dalam alkohol, proses memasak dan menapis makanan dan antibiotik. Putih telur mentah pula mengandungi protein jenis avidin yang menghalang usus menyerap biotin.
BIOTIN BOLEH DIDAPATI DALAM
- kekacang terutama badam dan walnut
- ginjal
- kuning telur
- ayam
- bijan

