Resipi kek red velvet perkongsian Cef Rahim Bachek ini wajib cuba buat penggemar kek. Ia senang untuk disediakan selain rasanya yang sedap. Jom cuba!
BAHAN
250 gm tepung gandum
150 gm mentega
220 gm gula
250 ml susu
2 sudu kecil cuka
2 sudu kecil pewarna merah
2 sudu kecil serbuk koko
½ sudu kecil garam
2 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit esen vanila
BAHAN TOPPING:
500 gm krim keju
160 gm gula aising
40 gm mentega
2 sudu kecil esen vanila
CARA
- Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.
- Kemudian masukkan susu, cuka dan pewarna merah berselang seli dengan tepung gandum, serbuk koko dan garam. Sebatikan adunan.
- Selepas itu, masukkan cuka dan soda bikarbonat. Rata dan sebatikan adunan.
- Masukkan adunan dalam loyang.
- Bakar pada suhu 170⁰C selama 20 hingga 30 minit.
- UNTUK TOPPING : Satukan ke semua bahan topping, lalu pukul hingga kembang. Hiaskan kek mengikut kreativiti anda.


