Prof. Dr. Zaliman dilantik Naib Canselor UniMAP

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGALAMAN dimiliki dalam pelbagai portfolio menjadi kriteria utama pelantikan Prof. Dr. Zaliman Sauli sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang baharu berkuat kuasa semalam.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataan memaklumkan, Zaliman, 54, telah menyumbang kepada peningkatan kebolehpasaran graduan, memperkasa staf akademik melalui kelayakan profesional dan pengalaman industri.

Kata kementerian itu, Zaliman juga telah mendapatkan pengiktirafan bagi kursus akademik yang dilaksanakan universiti menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA), QS World University Subject Ranking dan THE World University Ranking.

“Zaliman berkelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Fizik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Sarjana Sains (MSc in Advanced Semiconductor Materials and Devices) daripada University Of Surrey, United Kingdom dan seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Mikroelektronik daripada UniMAP pada 2012.

“Beliau turut terlibat dalam mempergiat aktiviti penjanaan pendapatan universiti bagi memastikan kelestarian kewangan dan melaksana program berimpak yang melibatkan universiti serta komuniti melalui konsep universiti untuk masyarakat (Unimap4society),” kata kenyataan itu hari ini.

Baca artikel berkaitan: Dr.Md Amin dilantik Naib Canselor UPSI baharu

Naib Canselor UKM: Pusat Kajian Rahim Kajai sangat sesuai diwujudkan di universiti ini

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi, pengalaman dan kepakaran Zaliman juga telah diiktiraf melalui kepercayaan untuk menerajui pelbagai persatuan dan majlis seperti Pengerusi IEEE Electron Devices Society Malaysia Chapter 2009-2010 Session, Pengerusi Majlis Keusahawanan Universiti Awam, Pengerusi Majlis Kesihatan Universiti Awam dan Pengerusi Sekretariat Majlis Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam.

Katanya, kebolehan Zaliman mampu menggalas tanggungjawab dan meneruskan kesinambungan kecemerlangan kepimpinan UniMAP.

“Kementerian percaya Zaliman mampu meneruskan visi meneraju UniMAP sebagai sebuah universiti teknikal yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dalam bidang akademik, penyelidikan, pembangunan dan melahirkan graduan holistik.

“Kementerian turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Dr. R Badlishah Ahmad atas jasa bakti beliau menerajui UniMAP selama hampir dua tahun sejak tahun 2019,” jelas kementerian itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This