UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengambil beberapa langkah proaktif susulan situasi pelajar yang terjejas akibat banjir di negeri itu dan terkandas di Hatyai.
Pusat Komunikasi Korporat UniMAP dalam kenyataan memaklumkan, universiti berkenaan telah mengaktifkan bilik gerakan banjir bagi memantau keadaan terkini dan memastikan bantuan segera disalurkan kepada pelajar yang terlibat.
Pada masa sama, UniMAP juga telah menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla bagi memastikan pelajarnya yang terkandas di Hatyai menerima bantuan sewajarnya.
Selain itu, satu istiadat konvokesyen khas juga akan diadakan dalam masa terdekat untuk graduan yang terkandas supaya mereka tidak terlepas peluang menerima pengiktirafan akademik.
“UniMAP sentiasa cakna terhadap kebajikan pelajar dan mengambil maklum mengenai situasi pelajar yang terkandas di Hatyai serta pelajar yang terjejas akibat banjir di Perlis.
“Keadaan pelajar yang terjejas sentiasa diteliti dan bantuan disediakan bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Lapan negeri sudah terjejas banjir, libatkan 10,555 mangsa
Mengulas lanjut, UniMAP menyatakan komitmen untuk sentiasa mendampingi pelajar dalam apa juga situasi yang berlaku.
Sehubungan itu, universiti tersebut menyeru pelajar serta keluarga yang terjejas banjir di Perlis atau mana-mana lokasi untuk menghubungi Pasukan Petugas Bencana Universiti bagi sebarang maklumat lanjut atau bantuan yang diperlukan.
“Warga UniMAP yang mengalami kesulitan sepanjang tempoh terkandas banjir boleh menghubungi talian bantuan yang disediakan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Eksekutif Siswa (JKES) UniMAP.
“Untuk pertanyaan atau bantuan boleh berhubung dengan Syahmi di talian 018-4099711, Fasihah (011-26085176) atau Bilik Gerakan JKES di 04-9414417,” katanya.
Setakat pukul 12.16 tengah hari tadi, seramai 11,812 mangsa daripada 4,186 keluarga telah ditempatkan di 77 pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran situasi banjir di sembilan negeri.
Di Perlis, sebanyak enam PPS telah pun dibuka dengan 435 orang daripada 155 keluarga mendapatkan perlindungan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

