Munafik akhlak penunggang agama rosakkan imej Islam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TINDAKAN segelintir golongan yang melakukan aktiviti tidak bermoral termasuk amang seksual di sebalik karakter terpuji disifatkan sebagai munafik akhlak yang pada akhirnya akan merosakkan imej Islam.

Bukan itu sahaja, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dr. Mohd. Hapiz Mahaiyadin berkata, ia juga menjatuhkan reputasi agamawan sebenar.

Kata beliau, masyarakat perlu berhati-hati dan diberi kesedaran dengan golongan yang mempunyai karakter munafik.

Beliau berkata, hal demikian kerana golongan sedemikian pandai menyembunyikan kejahatan di sebalik apa yang mahu ditonjolkannya kepada masyarakat.

“Masyarakat perlu peka terhadap pembongkaran kes sebegini dan menyedari kriteria atau sikap yang ditampilan golongan sebegini sebagai contoh aktiviti amang seksual kerana ia melibatkan kepentingan masyarakat.

“Dalam bahasa mudah, golongan munafik karakter ini bersikap hipokrit dan juga seorang koruptor yang di hadapan nampak baik tetapi belakangnya jahat.

Baca artikel berkaitan: Mangsa alami distres rohani akibat pemangsa bertopengkan agama

“Koruptor bukan melibatkan pecah amanah sahaja tetapi sesuatu yang jahat dipaparkan nampak sebagai baik,” katanya ketika dihubungi UtusanTV hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Hapiz yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Kedah dan Pulau Pinang berpandangan tidak menjadi masalah bagi sesiapa pun membongkarkan kejahatan dilakukan penunggang agama ini kerana ia disifatkan mengeksploitasi Islam.

Katanya, masyarakat perlu memahami antara kesalahan atau aib peribadi dengan kejahatan melibatkan kemaslahatan umum.

Menurut Mohd. Hapiz, seseorang yang menampilkan imej beragama mempunyai tanggungjawab lebih besar untuk menonjolkan keperibadian mulia yang sebenar, bukan sahaja untuk tatapan masyarakat semata-mata.

“Kita perlu bezakan aib yang haram untuk dibongkarkan dengan kejahatan seperti ini. Sebagai contoh, kesalahan pecah amanah atau amang seksual yang melibatkan kepentingan masyarakat perlu dibongkarkan dan diberi kesedaran kepada umum.

“Apabila melibatkan bukti, kita boleh membawa perkara ini mengikut lunas undang-undang untuk disabitkan kesalahan di mahkamah,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This