Speaker Dewan Rakyat nafi keluar surat kerajaan hilang majoriti

Dari Penulis

YANG Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menafikan beliau ada mengeluarkan surat kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya telah hilang majoriti.

Azhar Azizan berkata dakwaan berkenaan sepertimana dilapor sebuah portal adalah palsu.

“Saya menafikan laporan berita itu dan ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa surat kepada YAB Perdana Menteri seperti yang dilaporkan. Berita itu adalah palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, laporan berita portal Suara.TV bertarikh 11 Ogos, bertajuk “Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti, Mahu Bubar Parlimen” mendakwa Azhar Azizan selaku Speaker Dewan Rakyat telah memaklumkan perdana menteri mengenai perkara itu.

Pautan laporan yang tular di media sosial bagaimanapun kini tidak lagi boleh dibuka melalui portal berkenaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This