PM hadir hari pertama Sidang DUN Johor

Dari Penulis

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail hari ini.

Muhyiddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, tiba pada pukul 9.30 pagi.

Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kelihatan duduk sebaris dengan dua bekas Menteri Besar iaitu Datuk Osman Sapian (Bersatu-Kempas) dan Datuk Dr Sahruddin Jamal (Bersatu-Bukit Kepong).

Muhyiddin merupakan Menteri Besar Johor ke-13 dari 1986 sehingga 1995 selepas memenangi kerusi DUN Bukit Serampang.

Kerajaan Johor diterajui Perikatan Nasional yang mempunyai 29 kerusi berbanding blok pembangkang, Pakatan Harapan dengan 27 kerusi.-BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This