Kedai cuci kereta, gunting rambut dibenar beroperasi mulai esok

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEDAI cuci kereta dan gunting rambut merupakan antara 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi dalam semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk negeri-negeri Fasa 1 mulai esok, 16 Ogos 2021.

Namun begitu, negeri-negeri tersebut mestilah telah mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa dan individu-individu yang ingin memanfaatkan kemudahan itu juga telah menerima vaksinasi lengkap.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selain kedai cuci kereta dan gunting rambut, aktiviti ekonomi lain yang turut kembali dibenarkan beroperasi termasuk kedai elektrik dan elektronik; barangan rumah dan peralatan dapur; perabot serta peralatan sukan.

Selain itu, kata beliau, kedai aksesori kereta; pusat pengedaran dan jualan kereta; pasar pagi dan pasar tani; kedai pakaian, fesyen dan aksesori serta kedai barang kemas juga kembali dibenarkan dibuka.

Menurut Perdana Menteri, terdapat prosedur operasi standard (SOP) kesihatan tambahan yang mesti dipatuhi kedai pakaian, fesyen dan aksesori; kedai barang kemas serta kedai gunting rambut dan pusat salun kecantikan.

Ia termasuk memakai sarung tangan, mengehadkan masa urusan antara pekerja dan pelanggan serta tidak membenarkan penggunaan bilik salinan.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, kemudahan tersebut akan tersedia kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dengan pemilik premis perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19.

Baca artikel berkaitan: Individu lengkap 2 dos vaksin Covid-19 nikmati kelonggaran SOP hari ini

“Sekali lagi diingatkan, maksud vaksinasi lengkap ialah 14 hari selepas tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin jenis dua dos dan 28 hari selepas tarikh suntikan bagi vaksin jenis satu dos.

“Kerajaan faham bahawa banyak aktiviti ekonomi yang tergendala dan pelbagai kemahuan
tidak dapat dilaksanakan akibat pandemik ini termasuklah membeli barangan rumah selain
keperluan asas dan memotong rambut serta pelbagai lagi kemahuan kendiri.

“Kerajaan sedar semakin lama perkara ini dihadkan, semakin besar risikonya terhadap kesihatan mental dan fizikal rakyat.

“Kerajaan juga melihat bahawa amat penting untuk sektor ekonomi kembali dibuka secara berperingkat kerana jika tidak dimulakan sekarang, kesannya terutama terhadap pengusaha perniagaan dan pekerja-pekerja mereka akan semakin parah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Muhyiddin turut memaklumkan kerajaan bersetuju membenarkan 11 aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran untuk kembali beroperasi dalam Fasa 2 juga berkuat kuasa esok.

Aktiviti-aktiviti tersebut adalah:

  1. Kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi;
  2. Kedai barangan terpakai;
  3. Kedai bunga dan nurseri;
  4. Kedai kraftangan dan cenderahati;
  5. Kedai antik;
  6. Kedai alat permainan;
  7. Kedai permaidani;
  8. Kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif;
  9. Kedai peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lainlain);
    10.Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi;
    11.Kedai tembakau (termasuk vape dan rokok elektronik);

Pemilik premis yang tersenarai dalam perniagaan boleh beroperasi semula ini juga perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 bagi membuktikan individu tersebut
telah menerima vaksinasi lengkap.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This