Lebih 10 juta penduduk lengkap disuntik 2 dos vaksin – Dr. Adham Baba

Dari Penulis

SEBANYAK 31.9 peratus atau 10,425,300 populasi negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya, beliau memaklumkan seramai 16,868,615 orang atau 51.7 peratus telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 27,293,915 dos.

Mengikut peratusan, 72.1 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama, manakala 44.5 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Infografik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) juga menyatakan Labuan, Lembah Klang, Sarawak, Negeri Sembilan dan Perlis mencatatkan jumlah individu dewasa lengkap dua dos melebihi 50 peratus.

Kadar vaksinasi dua dos individu dewasa bagi seluruh negara pula berjumlah 44.5 peratus dan 72.1 peratus bagi satu dos.

BERITA BERKAITAN Tular perkongsian doktor bagaimana vaksin berkesan turunkan kes kritikal di HKL, insya-Allah!!

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 442,150 dos diberikan semalam dengan 161,049 adalah dos pertama manakala 281,101 adalah dos kedua.

Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah pemberian dos kedua vaksin tertinggi semalam dengan masing-masing berjumlah 80,784 dos dan 44,803 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

– UtusanTV

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This