Urus negara dalam situasi sukar satu penghargaan – Ismail Sabri

Dari Penulis

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tanggungjawab besar yang diberikan kepadanya dalam mengurus negara ketika situasi sukar ini sebagai satu penghargaan.

Dalam hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Bera itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak dan memohon maaf sekiranya ada kekhilafan sepanjang perkhidmatan beliau. 

Beliau yang juga bekas menteri pertahanan pada masa sama berharap perjuangan melawan pandemik COVID-19 terus menjadi keutamaan semua ketika ini.

“Sama-sama kita doakan Malaysia terus makmur, aman dan sentosa,” katanya menerusi hantaran terbaharu hari ini.

Hantaran itu dikeluarkan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan beliau selepas 17 bulan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan.

Dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen, Muhyiddin turut mengumumkan peletakan jawatan 29 Menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk Ismail Sabri yang merupakan menteri kanan sebelum ini. 

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan pada 10 Mac 2020, sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai 2021. — BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This