Keselamatan negara terkawal, jangan buat spekulasi – KPN

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam negara berada dalam keadaan terkawal.

Pada masa sama, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani meminta orang ramai diminta untuk tidak gusar dan membuat sebarang spekulasi.

Ini kerana, kata beliau, PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat serta meningkatkan pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“PDRM juga sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak menggunakan apa juga medium yang boleh menimbulkan hasutan dan menggugat ketenteraman awam.

“Orang ramai turut diminta agar sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: [VIDEO] Saya mohon maaf atas kekhilafan, kelemahan – Muhyiddin

Muhyiddin PM caretaker sehingga PM baru dilantik, PRU-15 bukan pilihan – Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Dalam kenyataan Istana Negara sebentar tadi, Seri Paduka memberi perkenan ini susulan peletakan jawatan oleh Muhyiddin dan seluruh Jemaah Menteri dengan serta-merta.

Ini adalah selaras dengan Perkara 40 (2)(a) dan 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Seri Paduka hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

Kenyataan itu memaklumkan, surat peletakan jawatan itu diterima Yang di-Pertuan Agong pada sesi menghadap oleh Muhyiddin selama 30 minit bermula jam 12.30 tengah hari tadi di Istana Negara.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This