Pemimpin parti dipanggil menghadap Agong esok, proses pencarian PM9 bermula

Dari Penulis

PERISTIWA yang berlaku pada Februari tahun lepas berulang kembali selepas runtuhnya kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH).

Jika waktu itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terpaksa memanggil menghadap pemimpin-pemimpin politik bagi mencari seorang Perdana Menteri baharu berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr. Mahathir Mohanad, kini perkara sama berlaku.

Selepas didesak oleh pembangkang dan tindakan menarik sokongan oleh segelintir pemimpin UMNO, akhirnya Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akur dengan kehendak mereka – iaitu meletak jawatan yang akhirnya memaksa Seri Paduka Baginda sekali lagi terpaksa mencari pemimpin nombor satu negara.

Menurut sumber, Istana Negara telah mula memanggil pemimpin parti-parti politik utama untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong esok, susulan peletakan jawatan Muhyiddin dan kabinet yang menyebabkan terbubarnya kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Semua ketua parti politik itu dipanggil ke Istana Negara dipercayai mempunyai kaitan dengan perbincangan berhubung bakal Perdana Menteri kesembilan.

BERITA BERKAITAN Muhyiddin berharap Perdana Menteri baharu akan segera dilantik

Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim juga dikatakan akan turut menyertai pertemuan tersebut.

Menurut Malaysiakini, setakat ini, empat parti politik – iaitu Umno, PAS, DAP dan Pejuang – sudah disahkan akan ke Istana Negara esok.

“Presiden (Ahmad Zahid Hamidi) dengarnya dijemput menghadap ke Istana Negara petang esok,” kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan kepada portal tersebut

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengesahkan perkara itu menerusi Whatsapp, dan memaklumkan parti itu akan diwakili presidennya Abdul Hadi Awang.

Sumber dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) juga berkata parti itu telah menerima undangan dan presiden Mukhriz Mahathir dijangka akan menghadap Agong.

Sumber daripada DAP juga mengesahkan perkara sama.

Sumber DAP dan Pejuang berkata wakil parti dijadual menghadap pada pukul dua petang. – UtusanTV

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

El Nino: Kerajaan perketat kawalan jerebu, pembenihan awan siap digerak

KERAJAAN memperketat langkah pencegahan jerebu dan kebakaran terbuka susulan jangkaan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino. Kementerian Sumber...

More Articles Like This