CBP lulus 47,413 permohonan moratorium PEMULIH

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

CO-OP Bank Pertama (CBP) telah meluluskan sebanyak 47,413 permohonan moratorium menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sehingga pertengahan Julai lalu.

Jumlah kelulusan itu melibatkan nilai keseluruhan melebihi RM3.2 bilion.

Secara keseluruhannya, permohonan tersebut melibatkan pelanggan bagi produk pembiayaan persendirian-i, pembiayaan perumahan-i dan pembiayaan Ar-Rahnu.

Pengerusi CBP, Kamari Zamari Juhari berkata, hampir 99 peratus daripada permohonan moratorium pelanggan CBP itu telah diluluskan.

Kamari Zamari Juhari

Bagaimanapun, kata beliau, permohonan bagi pelanggan koperasi serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan dinilai berdasarkan pertimbangan institusi kewangan itu.

“Bermula April 2020, sebagai sebuah bank koperasi yang prihatin, CBP menawarkan empat fasa moratorium iaitu Fasa 1 berkuat kuasa April tahun lalu hingga Oktober 2020. Sebanyak 55,901 akaun menerima moratorium dengan baki pembiayaan sebanyak RM2.8 bilion.

“Bagi Fasa 2 bermula Oktober 2020 hingga Disember 2020 yang mensasarkan kumpulan B40 mencatatkan 26 akaun individu dan tiga akaun korporat diluluskan berjumlah RM45 juta.

“Sementara itu, bagi Fasa 3 ia bermula Januari 2021 sehingga Jun lalu mensasarkan kumpulan B40 terjejas pendapatan berjumlah RM1.2 bilion membabitkan lebih 12,000 akaun bagi moratorium lanjutan tiga bulan dengan baki pembiayaan RM797.8 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: CBP buka cawangan ‘stand-alone’ Ar-Rahnu dan premis perbankan di Setapak

Mengulas lanjut, Kamari Zamari berkata, lebih 5,500 akaun dengan baki pembiayaan RM399.2 juta untuk pengurangan bayaran 50 peratus selama enam bulan.

Beliau berkata, tempoh moratorium ditawarkan CBP kepada pelanggan adalah selama enam bulan dan tidak diklasifikasikan sebagai penjadualan semula atau penstrukturan semula selain rekod pembiayaan kekal seperti sedia kala.

Kata Kamari Zamari, hanya 240 permohonan tidak diluluskan kerana tidak menepati syarat ditetapkan CBP.

“Syarat ditetapkan itu adalah permohonan pembiayaan diluluskan selepas 30 Jun 2021 dan mempunyai tunggakan melebihi tiga bulan.

“Menyedari ramai terkesan ketika pandemik ini, CBP menawarkan penjadualan atau penstrukturan semula pembiayaan berdasarkan kelayakan tertakluk kepada penilaian kredit ditetapkan bagi setiap permohonan.

“Sebanyak 297 akaun diluluskan di bawah program penstrukturan semula pembiayaan sejak pelaksanaan moratorium pada April 2020 dengan jumlah baki pembiayaan RM16.8 juta,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This