PERCUTIAN semestinya menjadi saat manis bagi kebanyakan daripada kita. Ada yang selesa bercuti di dalam negara dan tak kurang juga yang gemar melancong ke luar negara. Bercuti atau melancong memerlukan perancangan yang teliti dalam segala aspek agar percutian dapat dinikmati dengan sepuas-puasnya tanpa masalah.

PERSEDIAAN YANG PERLU DILAKUKAN!

❏ Buat tempahan tiket ke destinasi percutian dengan lebih awal.

❏ Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai destinasi yang ingin dituju.

❏ Ketahui kadar tukaran wang negara yang dipilih dan rancang perbelanjaan anda sebaik-baiknya.

❏ Bawa pakaian yang bersesuaian dengan kadar minimum.

❏ Kasut yang sesuai dan selesa seperti kasut getah (selipar) dan kasut untuk aktiviti luar rumah.

❏ Buat pemeriksaan kesihatan sebelum mula perjalanan sekiranya mempunyai penyakit serius.

❏ Biarlah berteman. Elakkan bercuti secara bersendirian lebih-lebih lagi di tempat yang pertama kali dilawati.

❏ Jangan bawa sebarang peralatan tajam yang mungkin boleh dijadikan senjata seperti pembuka surat, pisau, pemotong kotak, gunting atau rantai kunci tirus dalam bagasi.

❏ Bawa ubat-ubatan dalam beg tangan atau beg sandang untuk memudahkan urusan pemeriksaan. Sebarang penyembur dalam bentuk botol disimpan di dalam bagasi.

❏ Gantungkan tag nama, alamat dan nombor telefon pada bagasi anda.

❏ ‘Check in’ sesuatu penerbangan seawal mungkin bagi memastikan anda mempunyai cukup masa untuk memasukkan barang ke pesawat.

❏ Ikatkan reben atau pelekat dengan warna cerah pada beg untuk memudahkan anda kenal itu beg anda.

SENARAI SEMAKAN PELANCONGAN

❏ Semak nama dan maklumat yang tercatat tiket penerbangan.

❏ Semak sama ada tiket anda sah atau tidak.

❏ Semak sama ada destinasi yang tercatat adalah betul.

❏ Pasport mestilah sah sekurang-kurangnya enam bulan.

❏ Pastikan anda memiliki visa bagi negara yang dituju.

❏ Wang tunai, cek kembara dan kad kredit.

❏ Sijil/dokumen peribadi – pastikan anda mempunyai salinan fotostat bagi setiap dokumen yang anda bawa.

❏ Sijil kesihatan. Semak sekiranya status kesihatan perlu diketahui untuk destinasi anda.

BARANG KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA

❏ Multivitamin dan ubat-ubatan.

❏ Kertas dan pen.

❏ Kotak kecemasan.

❏ Krim antisinaran ultra ungu.

❏ Buku panduan pelancongan/peta.

❏ Barangan mandi.

❏ Kaca mata, telefon, kamera, video kamera dan sebagainya.

❏ Senarai nombor telefon kecemasan atau orang yang boleh membantu sekiranya berlakunya kecemasan.