MyKad dan pasport Malaysia bakal diperkenalkan dengan wajah baharu pada tahun ini dengan jangkaan dilakukan dalam tempoh enam bulan lagi.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penambahbaikan dokumen pengenalan diri dengan reka bentuk dan ciri keselamatan baharu itu dibuat bagi memperkukuh tahap keselamatan dokumen berkenaan.
Katanya, ia juga selaras dennga perubahan teknologi dan keperluan semasa, termasuk membanteras pemalsuan MyKad.
“Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu pada tahun ini.
“Rakyat tidak perlu berpusu-pusu untuk memperbaharui pasport dan MyKad mereka kerana ia masih boleh digunakan sehingga tamat tempoh,” katanya.
Baca juga: JPN jamin kawalan teknikal, keselamatan sistem MyKad terus diperkukuh
Langkah penting Kementerian Dalam Negeri perkukuh keselamatan pasport, MyKad
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, pelaksanaan itu antara pencapaian penting kerajaan dalam usaha memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan diri dan perjalanan negara.
Jelas beliau, ketika ini, pasport Malaysia berada di kedudukan ketiga paling dipercayai di dunia.
Menurut Saifuddin Nasution, ia diukur berdasarkan tahap kebebasan perjalanan tanpa visa yang dinikmati pemegangnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

