PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berhasrat untuk mengumumkan cuti khas peristiwa sekiranya Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala FA pada perlawanan akhir Ahad ini.
Baginda bertitah, cadangan cuti khas peristiwa pada Isnin ini adalah bagi meraikan kejayaan pasukan itu yang berpeluang mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut.
“Itu sudah tentu. Memang cuti. Tetapi kalau menang, kalau kalah jangan cuti,” kata baginda dalam sesi wawancara khas bersama penyokong JDT, hari ini.
JDT akan menentang Sabah FC yang mencipta sejarah layak ke final Piala FA buat kali pertama selepas mengatasi Selangor FC menerusi penentuan penalti pada 30 November lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

