211 kematian, 98.3 peratus kes baharu kategori 1 dan 2

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 211 lagi kematian akibat COVID-19 melibatkan 187 warganegara dan 24 lagi bukan rakyat Malaysia dilaporkan hari ini.

Korban yang dilaporkan hari ini juga bagaimanapun meningkat berbanding 174 kematian angkara COVID-19 semalam.

Jumlah 211 korban itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian telah pun mencecah 14,553 setakat ini.

Sebagai rekod, kes kematian tertinggi adalah sebanyak 360 korban yang dicatatkan 8 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian tertinggi hari ini dicatatkan di Johor melibatkan 41 kes.

Kata beliau, sebanyak 36 kes dilaporkan di Selangor, 32 kematian di Kedah dan 23 lagi di Pulau Pinang.

“17 kes dilaporkan di Sabah; 17 korban di Perak; 12 di Negeri Sembilan manakala 10 di Kuala Lumpur.

“Sebanyak sembilan kes dikesan di Pahang, lima lagi di Terengganu, masing-masing tiga kes di Kelantan dan Melaka serta dua di Sarawak dan Perlis.

Baca artikel berkaitan: Kes sembuh atasi kes baharu, kematian Selangor, KL bawah 10

“Sebanyak 40 kes brought in dead (BID) atau jenazah dibawa ke hospital dikesan hari ini melibatkan 26 rakyat Malaysia dan 14 bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan status terkini COVID-19 di Malaysia, sebanyak 1,063 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 511 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Kes aktif pula telah mencecah 262,713 manakala kes sembuh dicatatkan hari ini sebanyak 18,613.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham turut memaklumkan, sebanyak 98.3 peratus daripada keseluruhan 20,837 kes baharu hari ini merupakan pesakit COVID-19 bagi kategori 1 dan 2.

Katanya, jumlah 98.3 peratus itu merangkumi 20,479 pesakit yang tidak bergejala atau bergejala ringan.

Menurut Dr. Noor Hisham, hanya 358 kes atau 1.7 peratus daripada keseluruhan kes berada dalam kategori 3, 4 dan 5.

Kata beliau, mengikut status vaksinasi kes COVID-19 hanya 17 kes yang dilaporkan lengkap vaksinasi tergolong dalam kategori 5 iaitu kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, 11 lagi kes yang telah lengkap vaksinasi berada dalam kategori 4 iaitu radang paru-paru dan perlu bantuan oksigen.

“Secara keseluruhan, 16,949 kes atau 81.3 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This