Kes baharu 20,837, Sabah 3,376, Pulau Pinang lebih 2,000

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SELEPAS dua hari merekodkan kes harian di bawah angka 20,000, penularan COVID-19 seluruh negara kembali meningkat ke paras melebihi 20,000 hari ini.

Ia selepas sebanyak 20,837 jangkitan dilaporkan hari ini dengan beberapa negeri menunjukkan peningkatan kes baharu.

Kadar yang dicatatkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan seluruh negara mencecah 1.593 juta kes.

Kes harian di Lembah Klang yang menunjukkan trend penurunan dalam beberapa hari kebelakangan ini turut meningkat sedikit hari ini.

Berdasarkan statistik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Selangor melaporkan sebanyak 4,645 kes baharu berbanding 4,316 jangkitan semalam.

Kuala Lumpur pula naik semula kepada paras empat angka apabila mencatatkan 1,284 kes berbanding penurunan kepada 891 semalam.

Namun begitu, kebimbangan ketara dapat disaksikan di dua negeri iaitu Sabah dan Pulau Pinang yang naik mendadak hari ini.

Baca artikel berkaitan: 17,672 kes baharu, Selangor 4,316, Kuala Lumpur 891

Sabah yang berada di paras 2,000 dalam beberapa hari sebelum ini melonjak mencecah 3,376 penularan hari ini.

Kes baharu di Pulau Pinang turut naik selepas merekodkan lebih 2,000 penularan.

Jumlah lebih 2,000 di Pulau Pinang iaitu mencecah 2,054 itu juga merupakan kadar tertinggi di negeri itu setakat ini.

Lima negeri lain turut mencatatkan empat angka kes hari ini termasuk Johor, Sarawak, Kedah, Kelantan dan Perak.

Sebanyak 1,743 jangkitan direkodkan di Johor, Sarawak (1,543); Kedah (1,772); Kelantan (1,422) dan Perak (1,242).

Pahang dan Melaka juga menyaksikan sedikit peningkatan penularan kepada 521 serta 396 hari ini.

Beberapa negeri lain pula merekodkan penurunan dengan Negeri Sembilan mencatatkan 351, Terengganu pula 383, Putrajaya kekal dua angka kepada 27 manakala hanya empat kes dikesan di Labuan.

Kes baharu di Perlis bagaimanapun terus meningkat kepada 74 hari ini.

Berikut pecahan kes mengikut negeri:

Sehingga 24 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 20,837 kes (1,593,602)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 4,645 (566,471)
WPKL – 1,284 (166,696)
Sabah – 3,376 (127,806)
Johor – 1,743 (124,049)
Sarawak – 1,543 (101,381)
Negeri Sembilan – 351 (89,185)
Kedah – 1,772 (85,210)
Pulau Pinang – 2,054 (74,347)
Kelantan – 1,422 (68,347)
Perak – 1,242 (59,977)
Melaka – 396 (45,395)
Pahang – 521 (39,307)
Terengganu – 383 (29,013)
WP Labuan – 4 (9,784)
WP Putrajaya – 27 (5,156)
Perlis – 74 (1,478)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This