Mahadhir Aziz letak jawatan CEO Futurise

Dari Penulis

FUTURISE hari ini mengumumkan peletakan jawatan Mahadhir Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuatkuasa pada 31 Ogos ini untuk menerajui sebuah agensi kerajaan yang lain. Mahadhir dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sejak penubuhan Futurise pada 2018, anak syarikat milik penuh Cyberview Sdn. Bhd., di bawah Kementerian Kewangan.

“Kami sedih melihatnya pergi tetapi kami juga berterima kasih atas usahanya yang gigih dalam memula dan mengembangkan Futurise sejak dari awal penubuhannya. Mahadhir telah menjadi perancang, pengurus dan pelaksana beberapa projek utama bersama kami dengan inisiatif dan program terkenal yang memberi kesan besar kepada ekosistem industri.

“Beliau memainkan peranan penting dalam pengembangan Futurise dan kejayaan organisasi. Kami mendoakan yang terbaik untuknya dan yakin beliau akan cemerlang dalam karier baharu,” kata Pengarah Urusan Cyberview, Najib Ibrahim yang juga ahli Lembaga Pengarah Futurise.

Futurise berperanan aktif sebagai Penasihat Dasar Awam Kementerian dan industri dalam membentuk dan menyediakan Malaysia untuk memasuki era ekonomi masa depan.

Agensi itu akan terus mencipta pelbagai inisiatif penting dalam mewujudkan masa depan yang lebih baik dalam mewujudkan peluang ekonomi, menyokong pertumbuhan inovasi, menambahbaik peraturan berkaitan isu perkongsian data dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dengan memastikan penciptaan pekerjaan melalui inisiatif Makmal Kawal Selia Sandbox Negara.

Di bawah kepemimpinan Mahadhir, Futurise telah berjaya menerajui inisiatif Kawal Selia Sandbox Negara yang membawa kepada beberapa kejayaan utama. Antara sumbangan pentingnya, termasuk ujian pertama untuk Ujian Kenderaan Autonomi di Cyberjaya (MyAV), Zon Ujian Dron pertama di Malaysia (DTZ) serta mewujudkan lebih daripada 32,250 peluang pekerjaan melalui pelbagai program dan inisiatif.

Mahadhir juga telah mempengerusikan pelbagai jawatankuasa strategik dengan memberi fokus kepada pembangunan dan peraturan berkaitan Teknologi Masa Depan Malaysia, termasuk Panel Penasihat Kawal Selia Sandbox Negara (NRS).

Beliau juga memainkan peranan besar dalam pembangunan Blueprint Pusat Teknologi Global Cyberjaya dan pelaksanaannya.

Ketua Ekosistem Inovasi Futurise, Tengku Azrul Tengku Azhar, akan bertindak sebagai wakil perhubungan, dengan anggota EXCO mengetuai organisasi tersebut secara sementara sebagai sokongan peralihan untuk Futurise sehingga pelantikan Ketua Eksekutif baharu. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This