PDP, Futurise jalin kerjasama bangun standard dan garis panduan perlindungan data peribadi baharu

Dari Penulis

JABATAN Perlindungan Data Peribadi (JPDP) melalui Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) menjalin kerjasama dengan syarikat di bawah Kementerian Kewangan, Futurise Sdn Bhd untuk membangunkan Standard dan Garis Panduan Perlindungan Data Peribadi baharu bagi menetapkan keperluan minimum dan langkah-langkah praktikal dalam menguruskan dan melindungi data peribadi dalam kawalan mana-mana individu atau organisasi yang memproses data peribadi di Malaysia.

Selain membangunkan garis panduan dan standard baharu yang akan mengemaskini Standard Perlindungan Data Peribadi 2015 sedia ada, kedua-dua agensi juga akan bekerjasama membangunkan Portal Pengurusan Perlindungan Data Peribadi sebagai medium perkongsian pengetahuan dan penyampaian maklumat bagi pihak industri dan pegawai perlindungan data di negara ini.

Program Latihan dan Pensijilan Pegawai Perlindungan Data (Data Protection Officer – DPO) selaras dengan cadangan Pindaan Akta 709 juga akan dibangunkan oleh kedua-dua pihak, di samping pembangunan rangka kerja kemahiran dan pensijilan DPO di peringkat kebangsaan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, standard dan garis panduan baharu akan dibangunkan oleh Pesuruhjaya PDP bersama Futurise Sdn Bhd bagi menetapkan kehendak minimum baharu agar selaras dengan dasar dan amalan perlindungan data peribadi selari dengan perkembangan teknologi terkini.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada majlis menandatangani MoU antara kedua-dua pihak. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Digital Negara, Dr. Fazidah Abu Bakar; Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Data Peribadi merangkap Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi , Profesor Dr. Mohd Nazri Kama; Ketua Pegawai Eksekutif, Futurise Sdn. Bhd., Rosihan Zain Baharuddin dan Ketua Setiausaha, Kementerian Digital, Datuk Rodzi Md Saad.

Selain pembangunan garis panduan, kedua-dua pihak akan mengadakan kerjasama dalam pendigitalan proses pengurusan Perlindungan Data Peribadi melalui sebuah Portal Perlindungan Data Peribadi. Semua Pengguna Data boleh melaksanakan transaksi secara atas talian bagi proses pendaftaran baharu Data Protection Officer, pemakluman Data Breach Notification dan pelaksanaan Data Protection Impact Assessment.

Usaha ini merupakan satu komitmen yang menekankan dedikasi pendigitalan untuk penambahbaikan proses kerja yang berterusan. Memorandum Persefahaman ini bukan sahaja memenuhi keperluan undang-undang tetapi juga dapat membentuk masa hadapan KEMENTERIAN DIGITAL di mana interaksi digital yang bercirikan keselamatan, kepercayaan dan akauntabiliti dapat dicapai.

Sebagai usaha untuk menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Digital, semua Pengguna Data yang ditakrifkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi [Akta 709] digesa supaya lebih teliti dan berhati-hati dalam berkongsi dan memproses data peribadi bagi mengelakkan berlakunya insiden ketirisan data peribadi.

Memorandum Persefahaman ini menandakan komitmen bersama bagi memupuk budaya amanah dan telus, di mana individu boleh menggunakan perkhidmatan digital dengan lebih yakin bahawa data peribadi mereka dikendalikan dengan penuh berhati-hati dan dihormati.

Selain Standard Perlindungan Data Peribadi 2015, tujuh (7) garis panduan baharu di bawah Akta 709 yang akan dibangunkan adalah:
(i) Garis Panduan Notifikasi Ketirisan Data Peribadi (Notification of Data Breach
Guidelines);
(ii) Garis Panduan Pegawai Perlindungan Data (Data Protection Officers
Guidelines);
(iii) Garis Panduan Hak Mudah Alih Data (Data Portability Guidelines);
(iv) Garis Panduan Mekanisme dan Pelaksanaan Pemindahan Data Merentas
(Cross Border Data Transfer Guidelines and Mechanism);
(v) Garis Panduan Penilaian Impak Perlindungan Data(Data Protection Impact
Assessment Guidelines);
(vi) Garis Panduan Mereka Bentuk Berdasarkan Privasi (Privacy by Design
Guidelines); dan
(vii) Garis Panduan Pembuatan Keputusan Individu Secara Automatik dan
Pemprofilan (Profiling and Automated Decision Making Guidelines).

Manakala, pembangunan Portal Pengurusan Perlindungan Data Peribadi bertujuan menjadi platform kepada Pengguna Data dan Pemproses Data untuk mematuhi arahan sebagai mana yang ditetapkan di dalam Akta 709, perundangan subsidiari, standard dan garis panduan. Portal Pengurusan Perlindungan Data Peribadi ini merangkumi tiga (3) modul utama iaitu:

(i) Modul Notifikasi Insiden Ketirisan Data (Data Breach Notification – DBN);
(ii) Modul Pegawai Perlindungan Data (DPO); dan
(iii) Modul Penilaian Impak Perlindungan Data (Data Protection Impact Assessment –
DPIA).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mendiami kediaman era 60, 70-an: FELDA, Encorp kerjasama bangunkan perumahan kakitangan

FELDA memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Encorp Bhd (Encorp) bagi melaksanakan pembangunan perumahan untuk kakitangan FELDA di sebahagian besar...

More Articles Like This