12 lagi kawasan di Sabah, Pahang dan Johor dikenakan PKPD

Dari Penulis

SEBANYAK 12 lagi kawasan di Sabah, Pahang dan Johor akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan peningkatan kes positif COVID-19.

Pelaksanaan PKPD di kesemua lokaliti itu akan dilaksanakan bermula Jumaat ini selama dua minggu.

Perkara berkenaan diumumkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad dalam kenyataan hari ini.

Keputusan melaksanakan PKPD di 12 lokaliti dalam tiga negeri itu dilakukan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

Menurut beliau, Sabah terus menjadi negeri tertinggi pelaksanaan PKPD melibatkan 10 kawasan dan masing-masing satu di Pahang dan Johor.

Kawasan yang dikenakan PKPD di Pahang adalah Ladang Cheekah, Bera, manakala Kampung Orang Asli Kuala Masai di Johor turut dikenakan perintah sama.

Manakala dearah-daerah yang terlibat PKPD di Sabah adalah tiga lokaliti di Telupid,
dua lokaliti di Penampang, dua di Ranau dan masing-masing di Tawau, Kudat dan Papar.

Nama-nama kawasan yang terlibat adalah seperti dalam gambar rajah di bawah.

Selain itu beliau berkata, arahan pelanjutan PKPD dikenakan di enam lokaliti di Tuaran, dan dua lokaliti di Tawau, Sabah. Kawasan-kawasan tersebut adalah seperti berikut:-

Dalam pada itu, Rodzi berkata, berdasarkan pembentangan KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di tiga lokaliti di Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan, pada 26 Ogos ini.

Selain itu, arahan penamatan PKPD, turut dilaksanakan di 12 lokaliti di Tuaran, Kinabatangan, Tawau, Beluran, Kota Kinabalu, Kota Marudu, dan Tambunan, Sabah.

Berikut ialah kawasan-kawasan terlibat:-

  • UTUSAN TV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This