DOKTOR pakar sebuah hospital swasta hari ini memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pesakitnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘mungkin’ boleh menghadiri prosiding kes rasuahnya membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang ditetapkan pada 6 Sept ini.
Dr Mohd Shahir Anuar dari Avisena Specialist Hospital di Shah Alam, yang merawat Presiden UMNO itu, berkata demikian ketika menjawab soalan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar kes Ahmad Zahid, juga bekas Timbalan Perdana Menteri.
Baca artikel berkaitan: Sakit, Hakim Mohd Yazid benar bicara kes rasuah Ahmad Zahid ditangguh 1 Sept
Zahid di hospital dapatkan rawatan akibat terjatuh, perbicaraan hari ini akan ditangguh
Justice Sequerah: Pada pandangan Doktor, adakah pesakit dalam keadaan ini boleh hadir ke mahkamah pada 6 Sept. Beliau perlu duduk di dalam mahkamah sepanjang prosiding kes ini tetapi beliau juga dibenarkan berehat.
Dr Mohd Shahir: Mungkin boleh, tetapi tidak boleh lebih 40 minit. Beliau tidak boleh duduk terlalu lama, beliau harus melakukan beberapa latihan peregangan.
Semalam, mahkamah itu dijadualkan mendengar hujah di akhir kes pendakwaan namun prosiding tersebut terpaksa ditangguhkan apabila Ahmad Zahid dimasukkan ke hospital pada Ahad susulan kecederaan yang dialaminya selepas terjatuh.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

