Kabinet macam almari tiada perubahan – Anwar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“SECARA gurauan dalam media sosial, mereka menyebut Kabinet baharu dan Kabinet lama macam almari yang tiada perubahan.”

Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas barisan Jemaah Menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pagi tadi.

Menurut Anwar, pengumuman Kabinet baharu di bawah kepimpinan Ismail Sabri mengundang reaksi spontan yang mengecewakan dan menghampakan rakyat kerana menyifatkan ia hanya kitaran semula daripada Kabinet kerajaan sebelum ini.

Anwar menegaskan, semua pihak mengharapkan satu perubahan menerusi pengumuman Kabinet baharu, namun perkara tersebut tidak berlaku.

“Negara menghadapi krisis akibat COVID-19 yang lebih meruncing dan masalah ekonomi yang menekan rakyat terutama golongan bahawan.

“Namun begitu, langkah yang diambil hanya kitar semula menteri-menteri yang tidak menunjukkan keupayaan menangani masalah ini secara berkesan.

“Perdana Menteri memberikan tempoh 100 hari untuk menteri menunjukkan prestasi (tetapi) tempoh satu setengah tahun yang lalu tidak ada kemajuan membanggakan,” katanya dalam video yang dimuat naik ke Facebook miliknya hari ini.

Kabinet baharu di bawah teraju Ismail Sabri menyaksikan tiada pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Baca artikel berkaitan: Tiada TPM, empat Menteri Kanan kekal, Khairy terajui KKM

Sebaliknya empat Menteri Kanan dalam Kabinet terdahulu dikekalkan iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Dr Radzi Md Jidin.

Azmin kekal dengan portfolio Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Fadillah (Kerja Raya) dan Dr Radzi (Pendidikan).

Hishammuddin pula beralih menerajui Kementerian Pertahanan dalam pengumuman yang dibuat Ismail Sabri pagi tadi.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Presiden PKR turut menegaskan pembangkang akan terus memantau, menyuarakan dan membantah secara lantang.

“Kami sebagai pembangkang akan tetap memantau, menyuarakan dan membantah secara lantang sekiranya tidak ada program pelaksanaan yang lebih mantap dan berkesan untuk menangani masalah COVID-19 serta membawa perubahan terhadap kehidupan rakyat.

“Saya kira agak nyata ialah ia (Kabinet) tidak mampu menyuntik semangat baharu dan keyakinan pelabur dalam negara atau luar negara,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This