DATUK Seri Hishammuddin Tun Hussein berjanji akan memikul amanah sebagai Menteri Kanan Pertahanan dengan sebaiknya.
Hishammuddin turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberikan untuk kembali menjawat jawatan Menteri Pertahanan.
Sebagai rekod, Ahli Parlimen Sembrong itu pernah menerajui Kementerian Pertahanan antara tahun 2013 hingga 2018 semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Menurut Hishammuddin, beliau turut berbangga dan berbesar hati dapat berkhidmat demi warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Sentiasa bangga dan berbesar hati untuk berkhidmat demi warga ATM yang sangat besar jasanya kepada negara.
Baca artikel berkaitan: Tiada TPM, empat Menteri Kanan kekal, Khairy terajui KKM
“Insya-Allah, saya akan berikan yang terbaik. Saya akan memikul amanah ini sebaiknya,” katanya dalam ciapan di Twitter miliknya hari ini.
Kabinet baharu di bawah teraju Ismail Sabri menyaksikan tiada pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Sebaliknya empat Menteri Kanan dalam Kabinet terdahulu dikekalkan iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Hishammuddin, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Dr. Radzi Md. Jidin.
Azmin kekal dengan portfolio Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Fadillah (Kerja Raya) dan Dr Radzi (Pendidikan).
Hishammuddin pula beralih menerajui Kementerian Pertahanan dalam pengumuman yang dibuat Ismail Sabri sebentar tadi.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

