Hampir separuh kementerian bertukar menteri

Dari Penulis

MESKI pun majoriti anggota Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikekalkan daripada kerajaan sebelum ini, namun sebahagiannya berubah portfolio.

Ini sekali gus memberi satu perubahan agak signifikan kepada Kabinet yang baharu ini.

Mengetuainya Menteri Kanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein daripada Kementerian Luar kini menerajui Kementerian Pertahanan (yang sebelum ini diterajui Ismail Sabri).

Wisma Putra kini diketuai Datuk Saifuddin Abdullah yang pernah menjadi Menteri Luar sewaktu era Pakatan Harapan (PH).

Menjadi perhatian pertukaran portfolio antara Khairy Jamaluddin (kini Menteri Kesihatan) dan Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).

Turut bertukar portfolio ialah Datuk Zuraidah Kamarudin yang kini menjadi Menteri Perusahaan Perladadangan dan Komoditi.

Tempat Zuraidah di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula diambil alih Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Sementara itu, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa kini dilantik Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Turut bertukar portfolio ialah Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).

Sebelum ini beliau merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula menggantikan Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebagai Menteri di JPM (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen).

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas menerajui Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Untuk rekod, terdapat lima pemimpin yang dilantik mengganggotai Kabinet baharu iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid, Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Shahidan Kassim, Senator Idris Ahmad dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Mahdzir dilantik Menteri Pembangunan Luar Bandar (sebelum ini diterajui Dr Abdul Latiff), Noh di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (sebelum ini Dr Wan Junaidi) dan Shahidan di Kementerian Wilayah Persekutuan (sebelum ini Annuar Musa).

Baca artikel berkaitan: Tiada TPM, empat Menteri Kanan kekal, Khairy terajui KKM

Empat menteri lama tak dilantik, Mahdzir, Noh, Shahidan kembali ke dalam Kabinet

Ahmad Faizal menerajui Kementerian Belia dan Sukan (sebelum ini Reezal Merican) manakala Idris yang juga Naib Presiden Pas pula dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Idris menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang tidak dilantik semula. Turut tidak dilantik semula Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Seri Dr Redzuan Moahamad Yusof.

Berikut senarai penuh Kabinet.

Perdana Menteri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri
YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri : YB Datuk Lim Ban Hong

Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul
Aziz

Menteri Kewangan
YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I : YB Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II : YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa

Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
YB Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri : YB Datuk Arthur Joseph Kurup

Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I : YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee Shith

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd
Yazid

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan
Undang-Undang)
YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati
Samsuddin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YB Senator Tuan Idris Ahmad
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan
Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Alam Sekitar
YB Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr Mansor Othman

Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Seri Saravanan Murugan
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan
YB Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin Alias

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat
YB Datuk Seri Rina Harun
Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi
YB. Dato’ Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal
Muhammad

Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri
YB Datuk Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Dr Haji Ismail Haji Mohamed
Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan
YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timabalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh

Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Datuk Haji Hasbi Habibollah

Menteri Luar Negeri
YB Dato’ Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Haji Kamarudin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Wahid

Menteri Komunikasi Dan Multimedia
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: YB Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Tan Sri Noh Haji Omar
Timbalan Menteri: YB Tuan Muslimin Yahaya

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar
Ramanaidu

Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan
Ahmad Kamal

Menteri Belia dan Sukan
YB Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu
Timbalan Menteri: YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This