KEPUTUSAN untuk mengadakan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) minggu lalu dilihat sebagai tidak kena.
Ia terutamanya selepas didapati gambar-gambar bekas pemimpin UMNO yang banyak berkorban demi kelangsungan parti telah ‘dihilangkan’.
Susulan itu, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menuntut penjelasan kerana akar umbi mahu mengetahui apa sebenarnya yang berlaku ketika ini.
“Saya faham konvensyen itu diperlukan kerana beberapa gabungan parti mesti disatukan untuk kestabilan politik negara dan juga kerajaan.
“Tetapi saya lihat sendiri ada beberapa perkara yang agak janggal bila diadakan di dalam Dewan Merdeka, rumah UMNO sendiri.
“Penjelasan kepada akar umbi berhubung kait dengan hubungan yang wujud sekarang perlu dijelaskan.
“Apabila gambar-gambar bekas-bekas pemimpin kita (UMNO) yang telah banyak berkorban untuk perjuangan parti dihilangkan di dalam Dewan Merdeka semasa konvensyen, itu saya rasa ia tak kena,” katanya.
Baca artikel lain: Ribut: KPM salur peruntukan kecemasan baiki sekolah rosak di KL, Selangor
Beliau berkata demikian menerusi keratan video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, hari ini.
Sebelum ini media melaporkan, perhimpunan di Dewan Merdeka WTCKL pada 14 Mei lalu mencipta sejarah apabila UMNO mengumumkan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) pada 24 November 2022.
Gabungan itu menyaksikan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim di samping dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO) dan Datuk Seri Fadillah Yusof (Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu).
Sementara itu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilihat turut menyokong kenyataan Ahli Parlimen Sembrong itu menerusi komen yang ditinggalkan pada video berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

