Aksi mengagumkan Bonnie pasti terus dikenang – Muhyiddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AKSI mengagumkan ditampilkan atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin memperoleh pingat emas dan memecahkan rekod Paralimpik pastinya terus dikenang dalam lipatan sejarah sukan negara.

Itu kata bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut berbangga dengan kejayaan Bonnie dalam acara powerlifting 72 kilogram (kg), pagi tadi.

Muhyiddin turut mengucapkan tahniah kepada Bonnie, barisan kejurulatihan dan seluruh kontinjen negara di Sukan Paralimpik Tokyo atas kejayaan berkenaan.

Menurut Muhyiddin, keupayaan Bonnie melakukan angkatan juga amat menakjubkan sehingga lagu Negaraku berkumandang di bumi Tokyo.

“Syabas Boonie Bunyau Gustin! Seluruh peminat sukan tanah air pastinya sedang meraikan kejayaan Malaysia meraih pingat emas pertama di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang disumbangkan beliau.

“Keupayaan melakukan angkatan menakjubkan sehingga lagu kebangsaan, Negaraku berkumandang di arena membuktikan anda sememangnya layak dipertaruhkan sebagai antara prospek utama memenangi pingat emas pada edisi kali ini.

“Aksi mengagumkan sehingga memecahkan rekod Paralimpik pastinya akan terus dikenang dalam lipatan sejarah sukan negara. Tahniah buat Bonnie, barisan kejurulatihan serta seluruh kontinjen Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Baca artikel berkaitan: Bonnie Bunyau hadiahkan emas pertama, cipta rekod baharu

Seluruh negara bergembira hari ini apabila Bonnie berjaya menghadiahkan pingat emas menerusi acara powerlifting kategori 72 kg.

Lebih manis, Bonnie juga telah memecahkan rekod baharu Sukan Paralimpik selepas berjaya melakukan angkatan seberat 228 kg.

Bebanan itu sekali gus menyaksikan beliau mengatasi pencabar dari Mesir, Mahmoud Attia yang hanya melakukan angkatan 191 kg untuk pingat perak.

Pingat gangsa pula dimenangi atlet Great Britain, Mickey Yule yang melakukan angkatan 182 kg.

Beliau juga cuba memecahkan rekod dunia dipegangnya dengan bebanan 231 kg tetapi tidak berjaya.

Bonnie sebelum ini menampilkan aksi luar biasa apabila memecahkan rekod dunia pada kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai Ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Julai lalu.

Prestasi atlet berusia 22 tahun kelahiran Kuching, Sarawak yang juga pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo, Selasa lalu sememangnya membanggakan negara.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dakwaan kerajaan mungkir janji pengecualian cukai Yayasan TARC tidak benar

DAKWAAN kononnya kerajaan memungkiri janji berhubung pengecualian cukai bagi Yayasan Pendidikan TARC disifatkan tidak benar. Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan...

More Articles Like This