Latif ‘terbang’ gapai emas, lengkapkan hari ceria negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PILIHAN utama acara lompat jauh kategori T20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Abdul Latif Romly menepati ramalan apabila berjaya mempertahankan pingat emas acara tersebut, sebentar tadi.

Kejayaan diraih Abdul Latif itu sekali gus melengkapkan hari ceria negara yang baru sahaja meraikan kemenangan Cheah Liek Hou di final badminton perseorangan lelaki SU5.

Abdul Latif yang sinonim dengan ungkapan ‘Terbang Latif Terbang’ itu beraksi cemerlang dengan mencatatkan 7.45 meter (m) dalam lompatan kedua.

Beliau bagaimanapun tidak menyempurnakan lompatan keenam selepas mengalami kecederaan semasa lompatan kelima yang menyaksikan Abdul Latif hanya mencatatkan 5.56m ketika itu.

Atlet berusia 24 tahun itu turun dengan reputasi selaku juara bertahan selepas memenangi emas di Paralimpik Rio 2016.

Anak jati Perlis itu juga merupakan pemegang rekod dunia menerusi lompatan 7.64m dilakukan dalam Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.

Baca artikel berkaitan: Liek Hou lakar sejarah raih emas badminton Paralimpik

Abdul Latif meninggalkan pencabar terdekat, Athanasios Prodromou dari Greece yang memperoleh pingat perak menerusi catatan 7.17m manakala atlet Australia, Nicholas Hum terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa melalui lompatan 7.12m.

Atlet Belanda, Ranki Oberoi yang dikatakan ancaman terbesar Abdul Latif pula hanya berpuas hati di tempat ketujuh dengan lompatan 6.76m.

Oberoi pernah menewaskan Abdul Latif pada pertandingan terakhir yang disertai mereka dalam Kejohanan Para Dunia di Dubai pada tahun 2019.

Abdul Latif ketika itu meraih perak dengan 7.24, manakala Oberoi membawa pulang emas menerusi lompatan 7.39m.

Emas disumbangkan Abdul Latif sekali gus bermakna kontinjen Malaysia mencapai sasaran memungut tiga pingat emas dalam Sukan Paralimpik 2020 ini.

Pingat emas pertama disumbangkan Bonnie Bunyau Gustin dalam acara powerlifting kategori 72 kilogram (kg), 28 Ogos lalu.

Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou kemudiannya berjaya memperoleh pingat emas kedua negara di final perseorangan lelaki SU5 selepas menewaskan pemain ranking nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dengan keputusan 21-17, 21-15.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This