Tiada keperluan mengabsahkan pelantikan PM – Peguam Negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIADA keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan yang telah dibentuk menurut lunas undang-undang.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, tatacara penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat telah pun diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong Sendiri.

Bagi tujuan tersebut, kata beliau, Seri Paduka telah pun mengadakan sesi menghadap bersama ketua-ketua parti politik utama negara pada 17 Ogos di mana kesemua 220 ahli-ahli Dewan Rakyat telah diminta menyatakan nama ahli Parlimen yang diberikan kepercayaan untuk menjadi Perdana Menteri menerusi surat akuan.

Menurut Idrus, susulan penerimaan surat akuan tersebut, Seri Paduka telah berkenan menerima menghadap seramai 114 ahli Dewan Rakyat untuk mengesahkan kepercayaan kepada Ismail Sabri yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Sekiranya pelantikan Perdana Menteri baharu masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Seri Paduka, ini bermakna kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong boleh diatasi pihak lain.

Baca artikel berkaitan: Perlukah lagi uji keabsahan Perdana Menteri?

“Langkah sedemikian adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Seri Paduka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Idrus berkata, Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Ismail Sabri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa budi bicara kepada Seri Paduka untuk melantik Perdana Menteri harus dibaca bersama Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan adalah Perdana Menteri hendaklah dilantik daripada kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Seri Paduka mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Ternyata sekali pelantikan Perdana Menteri merupakan tanggungjawab Perlembagaan dan kuasa mutlak Seri Paduka,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This