SALAH sebuah syarikat pengurusan hotel terbesar Malaysia, Tradewinds Corporation Bhd. melancarkan jenama baharu dalam bidang perhotelan iaitu Glenmarie Hotel & Golf Resort terletak di ibu negeri Selangor, Shah Alam.
Resort penginapan dikelilingi santuari hijau itu berlatarbelakangkan padang golf terkemuka iaitu Glenmarie Golf & Country Club.
Menurut Pengurus Besar Kluster Glenmarie Hotel & Golf Resort, Jung Chul Soon, hotel yang mempunyai 260 bilik itu menawarkan pelbagai kemudahan terbaik khas untuk pelanggan menikmati ketenangan.
Pada masa sama, beliau berkata, Glenmarie Hotel & Golf Resort turut mempunyai lima buah restoran yang menyediakan pelbagai hidangan berkualiti bagi memuaskan selera pelanggan.
Katanya, pelanggan juga mempunyai dua akses ke padang golf terkemuka di Selangor.
“Kami amat teruja untuk menyambut anda datang dan merasai sendiri pengalaman baharu di Glenmarie Hotel & Golf Club.
“Semua perincian yang tersendiri akan mempengaruhi pengalaman bermakna di sini,” katanya dalam kenyataan.
Baca artikel berkaitan: The Grand Campbell Hotel tawar penginapan kepada barisan hadapan serendah RM50
Dengan pengalaman lebih daripada lima dekat, Tradewinds mengambil langkah optimis dalam memperkenalkan hotel baharu ini di pasaran.
Syarikat itu juga akan terus menekankan aspek kualiti, profesionalism dan perkhidmatan pelanggan terbaik di samping meneruskan dedikasi dalam menawarkan harga berpatutan serta kompetitif bagi pengunjung sosial dan dalam urusan perniagaan.
Glenmarie Hotel & Golf Resort terletak hanya 30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta hanya 10 minit dari Lapangan Terbang Subang Skypark.
Mempunyai jarak 40 minit dari Bandar Raya Kuala Lumpur menjadikan hotel itu sebagai tempat sesuai menikmati percutian pendek jauh daripada kesibukan kota atau pun bagi tujuan perniagaan.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

