The Grand Campbell Hotel tawar penginapan kepada barisan hadapan serendah RM50

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEJAK pandemik COVID-19 mula melanda negara, awal tahun lalu, petugas barisan hadapan sentiasa bersedia dan bertungkus-lumus bekerja bagi memastikan lengkuk jangkitan dapat dilandaikan.

Tidak kira terik matahari atau pun bertugas sehari suntuk, barisan hadapan sanggup berpenat-lelah demi keselamatan orang ramai.

Pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan sememangnya dipandang tinggi lebih-lebih lagi dalam keadaan negara berdepan dengan ‘musuh ghaib’ ketika ini.

Demi menghargai usaha mereka, The Grand Campbell Hotel Kuala Lumpur menyediakan tawaran istimewa berupa penginapan pada harga serendah RM50.

Menurut Pengurus The Grand Campbell Hotel, Razali Yahaya, promosi berkenaan disediakan untuk petugas barisan hadapan yang sedang bertugas di Kuala Lumpur dan memerlukan penginapan.

Beliau berkata, usaha keras petugas barisan hadapan tidak kira doktor, jururawat, anggota polis atau tentera sememangnya tidak boleh dipandang remeh.

Baca artikel berkaitan: MURAL ‘CERITA LAMA TANAH MELAYU’ HIASI KOMPLEKS CAMPBELL

“Kita memahami situasi yang dihadapi oleh mereka dengan itu kita memberi penghargaan menerusi promosi ini.

“Petugas barisan hadapan boleh meredakan tekanan di The Grand Campbell Hotel pada harga yang sangat berpatutan,” katanya kepada UtusanTV hari ini.

Bilik Executive King yang ditawarkan untuk dinaik taraf secara percuma kepada petugas barisan hadapan

Mengulas mengenai promosi berkenaan, Razali berkata, petugas barisan hadapan hanya perlu membawa kad pengesahan bertugas untuk menikmati tawaran istimewa itu.

Kata beliau, mereka juga berpeluang menikmati tawaran lebih baik sekiranya ingin menginap untuk tempoh lebih daripada satu minggu.

“Bagi promosi ini, kita menawarkan penginapan di bilik ‘Superior Queen. Walau bagaimanapun, sekiranya mereka perlu tinggal lebih lama, kita akan menaik taraf ke bilik yg lebih besar iaitu Executive King secara percuma,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This