Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan kebimbangan di atas keputusan kementerian untuk membuka sekolah pada 3 Oktober nanti.
Jelasnya, dengan jumlah kes jangkitan Covid-19 yang masih berada pada tahap membimbangkan dan tidak nampak pengurangan dalam masa terdekat, sesiapa sahaja boleh dijangkiti walaupun telah divaksin.
Malah luasnya, adalah lebih elok andai pembukaan sekolah ditangguhkan sehingga ke tahun depan dan kementerian perbaiki kaedah pembelajaran secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Lebih-lebih lagi anak-anak mempunyai imuniti yang rendah.
“Pic – Sekolah akan tetap dibuka 3 Oktober
Menteri kata Sekolah akan dibuka bulan Oktober ni ..
Kes masih 20K setiap hari
Tak nampak berkurangan dalam masa terdekat ..
Hanya guru yang telah divaksin boleh bersemuka dengan pelajar .
Namun itu tak bermakna sebab sesiapa saja boleh dijangkiti walaupun telah divaksin .
Patutkah Ibubapa risau ?
Hujung tahun tinggal beberapa bulan sahaja lagi ..
Lebih baik buka sekolah tahun 2022
Dengan harapan kes menurun
Perbaiki kaedah PDPR
Anak anak imuniti rendah
Jangkitan Covid merebak begitu mudah
Lebih lebih lagi pelajar sekolah
Walaupun mengikut SOP
Planning yang cukup pasrah
Salam Everyone
Love As Always
Would you send your kids to School this October ?
Do share me your thoughts,”
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang disuarakan Angkasawan Negara ini.



Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini. Bagaimanapun, jelas beliau, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Foto : Instagram Sheikh Muszaphar

