Dah penat jadi ‘kaunter pertanyaan’, Chacha Maembong minta ‘siasat’ Emma sendiri soal DJ Kidd

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

ENGGAN terus dibayangi dengan kisah peribadi ahli keluarganya, pelakon Chacha Maembong mengambil pendirian tegas untuk tidak lagi memberikan sebarang ulasan mengenai status hubungan kakaknya, Emma Maembong yang kini didakwa sudah kembali bertaut dengan bekas kekasih, DJ Kidd.

Pemilik nama sebenar Siti Aishah Ismail, 29, itu mendedahkan dia kini mahu meletakkan sempadan yang jelas dan berasakan sudah tiba masanya untuk pihak luar mendapatkan penjelasan secara langsung daripada tuan badan sendiri tanpa perlu melalui dirinya.

Ketika ditemui pada majlis Watch Party siri terbaharu lakonannya, Griya, petang tadi, pelakon drama popular itu secara terbuka mengakui dia tidak mempunyai maklumat sahih mengenai dakwaan yang sedang bertiup kencang di media sosial itu akibat kekangan masa masing-masing.

“Sejujurnya, saya sendiri tidak tahu-menahu mengenai dakwaan bahawa mereka sudah kembali berbaik. 

“Kekangan masa membuatkan kami berdua masih belum berkesempatan untuk bersua muka memandangkan masing-masing kini sangat sibuk dengan komitmen kerjaya.

“Lagipun, saya rasa adalah lebih adil dan tepat sekiranya perkara ini ditanyakan terus kepada tuan badan sendiri. 

“Sejak daripada awal lagi, nama saya sering dipetik dan semua orang akan datang mencari saya untuk bertanyakan hal berkaitan Emma,” kata Chacha mengulas situasi berkenaan.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Chacha yang kelihatan tenang sepanjang sesi temu bual tersebut memberitahu, hubungannya dengan Emma tetap berjalan seperti biasa namun ia tidak bermakna dia perlu mengetahui setiap perincian intim mengenai kehidupan cinta kakaknya itu.

Kata Chacha, apabila mereka berpeluang meluangkan masa bersama, topik perbualan mereka lebih terarah kepada perkara yang lebih penting dan berfaedah, terutamanya yang melibatkan perkembangan keluarga berbanding hanyut melayan gosip-gosip liar luar.

“Sebab itu saya rasa sudah tiba masanya untuk netizen atau sesiapa sahaja bertanya terus kepada Emma. 

“Saya bukanlah pemantau yang berada di sisinya selama 24 jam sehari untuk mengetahui semua perkara.

“Hubungan kami sebagai adik-beradik memang tidak pernah putus, kami tetap berhubung. 

“Cuma, kalau kami berjumpa sekalipun, topik yang kami bualkan hanyalah berkisar mengenai urusan keluarga atau perkara-perkara lain. 

“Kami tidak pernah menyentuh atau mencampuri urusan gosip peribadi yang melanda dirinya,” tambahnya lagi.

Biar apa pun badai atau spekulasi yang melanda, Chacha menegaskan peranan dan tanggungjawabnya sebagai seorang adik tidak pernah berubah. 

Mengakui kehidupan adatnya mempunyai fasa pasang surut, Chacha berjanji akan sentiasa berada di belakang kakaknya untuk memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi.

Bagi Chacha, apa yang paling utama dalam fasa sekarang adalah mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan berpanjangan buat Emma dalam setiap keputusan yang diambil.

“Walau apa pun yang terjadi, tugas saya sebagai seorang adik adalah untuk sentiasa menitipkan doa yang terbaik buat kakak saya. 

“Saya akan sentiasa berdiri kukuh menyokongnya, meskipun kita semua tahu graf kehidupan ini kadangkala ada turun dan naiknya. 

“Walau dalam apa jua keadaan sekalipun, dia tetap kakak saya dan sokongan saya terhadapnya tidak akan pernah luntur,” tegas Chacha.

Terdahulu, arena hiburan tempatan kecoh seketika apabila sekeping foto memaparkan aksi mesra Emma Maembong bersama DJ Kidd kembali tular selepas dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial. 

Lebih mencetuskan tanda tanya, perkongsian berkenaan turut disertakan dengan kapsyen yang secara jelas menggelarkan mereka sebagai pasangan kekasih.

Situasi tersebut mencuri perhatian warga maya memandangkan pada April lalu, DJ Kidd secara terbuka pernah mengesahkan ikatan cinta antaranya dengan aktres kontroversi itu sudah pun menemui titik noktah.

Malah, Emma yang ditemui sebelum ini juga tidak menafikan hubungannya bersama DJ Kidd sudah tidak lagi rapat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This