Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Dari Penulis

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak.

Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin akur menerima  hakikat bahawa anaknya itu sudah pindah ke Kuantan untuk tinggal bersama bapanya sejak dua minggu lalu.

Menurut Saerah atau nama lengkapnya Siti Nursairah Tarudin, 46, keputusan tersebut dibuat oleh Amad sendiri dan dia akur dengan pilihan anaknya biarpun hatinya berat untuk berpisah.

“Bila anak yang semakin meningkat remaja, sampai satu masa mereka akan buat keputusan sendiri. Saya tidak pernah menghalang keputusan dia.

“Ibu mana yang tidak sedih bila terpaksa berpisah dengan anak. Saya sedih sampai tak boleh tidur. Sebagai ibu saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Amad.

“Saya mengharapkan perubahan yang baik untuk diri dia atas pilihan yang dilakukan,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran lagu terbaru Umairah, Hujung Indah, di Ideas Hotel, Kuala Lumpur. 

Terikat dengan kontrak

Ditanya bagaimana dengan kerjaya Amad sebagai seorang penyanyi selepas ini, kata Saerah, Amad masih terikat dengan kontrak selama dua tahun.

“Selagi kontrak dia belum habis, saya akan menguruskan kerjaya dia di Kuala Lumpur. Manakala di Kuantan pula, bapanya yang akan uruskan.

“Saya juga dah jelaskan kepada Amad tentang kontrak tersebut. Selagi kontrak masih berjalan, kita akan lunaskan segala tugasan mengikut kontrak,” tambahnya lagi.

Terdahulu nama Amad atau nama lengkapnya Ahmad Dayyan Saiful Anuar, 14, mula mencuri tumpuan peminat seni suara selepas menjadi salah seorang peserta rancangan Talk To My Manager musim pertama tahun lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Kak Rozie selalu kena’… Siti Nurhaliza dedah ramai sangka pengurusnya balas komen

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan pengurusnya, Rozie, sering menjadi sasaran tuduhan netizen yang menyangka beliau bukan individu...

More Articles Like This