Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz, yang dijadualkan mengadakan konsert solo berskala besar di ibu negara pada suku keempat tahun ini.

Konsert yang dinamakan Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur itu akan berlangsung pada Sabtu, 31 Oktober depan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. 

Dibawa khas oleh syarikat penganjur, Zues Event, konsert itu dijangka bakal membawa semula aura muzik santai, positif, dan penuh bertenaga yang menjadi signatur penyanyi ikonik berkenaan.

Penyanyi, penulis lagu, dan pemenang Anugerah Grammy itu sememangnya terkenal dengan keupayaan mencetuskan fenomena merentas generasi. 

Melalui keunikan susunan muzik yang menggabungkan elemen akustik-pop, folk, reggae, R&B, hingga ke rentak disko, karyanya terus relevan dalam pasaran muzik global. 

Sebagai salah seorang pengiktiraf dalam Songwriters Hall of Fame, diskografi Mraz sarat dengan lagu-lagu malar segar seperti I Won’t Give Up, Lucky (kolaborasi bersama Colbie Caillat), Have It All, serta The Remedy (I Won’t Worry).

Karier seni Jason yang bermula dari seorang penghibur jalanan dan penyanyi kafe kini telah berkembang megah menerusi penghasilan sembilan album studio bersertifikat platinum dan multi-platinum. 

Selain muzik, komitmennya terhadap seni turut diterjemahkan menerusi penglibatan dalam muzikal Broadway Waitress, penerbitan dokumentari The Opener, serta pencapaian sebagai naib juara program realiti Dancing with the Stars Musim ke-32. 

Di samping itu, dia menubuhkan Jason Mraz Foundation bagi memperjuangkan pendidikan seni inklusif serta keadilan sosial di peringkat global.

Pihak penganjur komited untuk memastikan malam konsert tersebut menjadi sebuah memori magis buat penonton menerusi rangkaian lagu hits lama dan material baharu daripada artis tersebut. 

Pengarah Zues Event, Jeffery Chin, menjelaskan keputusan membawa pulang pemenang Grammy itu dibuat bagi memenuhi kerinduan mendalam peminat pasaran tempatan terhadap persembahan langsung yang intim dan berkualiti tinggi.

“Kami mahu meneruskan momentum kejayaan daripada penganjuran konsert K-pop sebelum ini dengan membawakan pula sebuah pengisian yang berbeza, yang sarat dengan jalinan emosi serta impak tenaga yang positif. 

“Memandangkan ramai rakyat Malaysia membesar dengan untaian lagu karya Jason Mraz, muzik beliau terbukti kekal relevan sehingga kini kerana acuan mesejnya yang positif, penuh perasaan, dan telus,” katanya.

Jason turut memberi jaminan bahawa aspek teknikal dan visual konsert akan dipertingkatkan bagi memberikan nilai tambah kepada pengalaman visual penonton di stadium nanti.

“Kami optimis kepulangan semula Jason ke Kuala Lumpur bukan sahaja menjadi daya tarikan utama buat peminat tegar, malah kepada seluruh pencinta muzik yang mendambakan sebuah konsert langsung bertaraf dunia. 

“Bagi merancakkan lagi atmosfera malam tersebut, kami turut menyediakan pertunjukan percikan api gimik khas serta formasi dron yang akan menghiasi ruang angkasa stadium,” tambahnya lagi.

Bagi memastikan peminat dapat membuat persediaan awal, tiket bagi menyaksikan konsert ini akan mula dibuka untuk jualan secara rasmi pada Khamis, 11 Jun ini, bermula pukul 10.50 pagi menerusi platform dalam talian etix.my.

Mengambil kira faktor keselesaan maksima penonton, pihak penganjur menetapkan bahawa semua kategori tiket yang dijual adalah berdasarkan susunan tempat duduk (seated). 

Pecahan harga mengikut zon adalah seperti berikut:

  • Jazzy: RM688
  • Acoustic: RM588
  • Soulful: RM488
  • Originals: RM388
  • Nostalgic: RM288
  • Signature (Pandangan Terhad): RM158

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dah penat jadi ‘kaunter pertanyaan’, Chacha Maembong minta ‘siasat’ Emma sendiri soal DJ Kidd

ENGGAN terus dibayangi dengan kisah peribadi ahli keluarganya, pelakon Chacha Maembong mengambil pendirian tegas untuk tidak lagi memberikan sebarang...

More Articles Like This