Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi telur itik masak lemak cili padi nanas ini. Resipi yang sangat sedap, mudah dan berbaloi cuba.
BAHAN:
5 biji telur itik
2 sudu bawang putih dan bawang merah – dikisar bersama
2 keping asam keping
15 tangkai cili padi – dikisar kasar
3 tangkai serai – diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
5gm buah keras – dikisar
50gm nanas – dipotong dadu
30ml santan
50ml air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak
CARA:
1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dikisar bersama.
2.Masukkan serai, cili padi, serbuk kunyit dan daun kunyit.
3.Selepas itu masukkan air, buah keras dan asam keping.
4.Kemudian masukkan nanas dan gaul sebati.
5.Pecah dan masukkan telur satu persatu.
6.Akhir sekali masukkan santan, garam dan gula secukup rasa dan kacau perlahan. Biarkan mereneh sehingga telur masak. Angkat dan sedia untuk dihidang.


