POL POT – Dendam si gagal yang kejam, meragut jutaan nyawa tanpa belas kasihan

Dari Penulis

JIKA disebut nama-nama pemerintah terkejam dunia dalam lipatan sejarah, nama Pol Pot antara yang tersenarai di dalamnya. Malah, lelaki ini tergolong dalam senarai 10 pemerintah terkejam.

Ini berdasarkan tindakannya yang menghapuskan antara 1.7 hingga 2.5 juta rakyat Kemboja dalam tempoh empat tahun pemerintahannya.

Kekejaman yang disifatkan sebagai aktiviti penghapusan etnik ini telah meletakkan Pol Pot sebaris dengan Hitler, Attilia the Hun, Maximillien Robez dan lain-lain lagi.

Pol Pot.

Menyusuri sejarah hidupnya, Pol Pot atau nama sebenarnya Saloth Sar merupakan anak kelapan daripada sembilan orang adik beradik. Lahir pada 19 Mei 1928 di wilayah Prek Sbauv Kampong Thom, Kemboja, Pol Pot merupakan anak kepada pasangan Pen Saloth dan Sok Nem, sebuah keluarga berada.

Kakaknya, Roeung menjadi gundik Raja Sisowath Monivong. Perhubungan itu membolehkan Pol Pot keluar masuk istana dengan mudah. Sifatnya yang baik ketika kecil membuatkan dia disenangi pegawai istana.

Pada tahun 1935, Pol Pot dihantar ke sekolah Katolik Ecole Miche di Phnom Penh. Kemudian, pada tahun 1947, dia ditempatkan di Sekolah Menengah Lycee Sisowath, sebuah sekolah elit yang terkenal untuk golongan berada.

Meskipun mendapat keistimewaan, Pol Pot tetap gagal dalam pelajarannya. Dia tidak lulus peperiksaan. Ini menyebabkan dia bertukar ke aliran pendidikan teknikal dengan memilih untuk bersekolah di Sekolah Teknik Russey Keo, utara Phnom Penh.

Pertukaran aliran pendidikan membolehkan Pol Pot menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Eropah. Dia kemudiannya memilih Perancis sebagai tempat belajar dalam bidang radio elektronik dan EFR di sebuah kolej teknikal di Paris.

Pol Pot.

Pol Pot belajar di situ selama lima tahun, namun dia masih gagal dalam pelajaran.

Kegagalan demi kegagalan setiap kali peperiksaan memberi tekanan kepada Pol Pot dan dia mula membenci golongan bijak pandai di kolej itu.

Bagi Pol Pot, pendidikan sesuatu yang menyusahkan apabila ada golongan cerdik pandai yang mendominasi pelajaran dan kelas. Ini menyebabkan golongan sepertinya ketinggalan jauh di belakang dan dipandang sebagai orang yang lemah dan bodoh.

Pada Pol Pot, golongan intelek ini hanya menyebabkan persaingan yang tidak adil. Golongan ini harus dihapuskan supaya orang sepertinya dapat muncul sebagai juara dan dilihat sebagai seorang yang bijaksana.

Pengaruh Idea Haluan Komunis

Pol Pot merasakan orang sepertinya harus dibela. Di Perancis ketika itu, kegiatan politik berhaluan komunis sedang berkembang. Tema pembebasan dan kemerdekaan menjadi topik utama. Penubuhan Parti Komunis Perancis (PCF) membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan pelajar-pelajar negara jajahan.

Semangat anti kolonialisme ditiupkan dan pengaruh itu disebarkan kepada pelajar-pelajar yang gagal dalam pelajaran. Golongan ini mudah dipengaruhi kerana semangat anti kolonialisme mereka sebagai alasan kenapa mereka gagal bersaing secara terbuka dengan golongan intelek yang terdiri daripada bijak pandai bangsa Eropah.

Pol Pot turut terpengaruh dengan idea pembebasan daripada kolonialisme. Tahun 1951, dia menganggotai organisasi sulit komunis yang dikenali sebagai Cercle Marxiste, yang kemudian diambil alih oleh Pertubuhan Pelajar Khmer (AER).

Para pelajar yang yang mempunyai rekod pelajaran lemah akan direkrut menjadi ahli dengan gagasan anti-intelektual. Taksub dengan gagasan ini, Pol Pot gagal peperiksaan tiga tahun berturut-turut. Dia dihantar pulang ke tanah airnya sekitar tahun 1954.

Pulang ke negaranya semula, Pol Pot melibatkan diri dengan gerakan penentangan kerajaan. Dia diberi kepercayaan oleh Khmer Viet Minh untuk membentuk tentera bawah tanah yang akan menjadi barisan hadapan menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Pol Pot belajar pelbagai taktikal ketenteraan ala komunis. Tentera bawah tanah di bawah pimpinannya melancarkan gerakan revolusi militer.

Pol Pot berselindung di sebalik kerjaya sebagai guru kesusasteraan dan sejarah Perancis. Bagi memastikan dirinya tidak disyaki terlibat dengan kegiatan subversif bawah tanah, dia mengahwini Khieu Ponnary, seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Lycee Sisowath.

Pol Pot.

Selepas persidangan Geneva 1954, Kemboja menjadi negara merdeka. Meskipun begitu, ketidakstabilan politik sering berlaku.

Pergolakan ideologi demokrasi dan komunis mewujudkan pertelagahan untuk membentuk kerajaan baru. Kedua-dua parti yang bertelagah ini tidak mahu mengalah hinggalah Raja Norodom Sihanouk campur tangan.

Dikatakan, Raja Norodom berperanan melagakan parti politik haluan kanan dengan kiri. Tindakan itu disedari Pol Pot.

Bermula daripada tahun 1955 hinggalah 1975, Pol Pot terus meletakkan sasaran kepada Raja Norodom Sihanouk. Baginya, kerajaan beraja hanya menyebabkan golongan bangsawan besar kepala.

Dendam terhadap intelektual membuatkan Pol Pot berubah watak menjadi kejam. Tentera bawah tanah dikerahkan untuk menguasai negara. Dia mula menjalankan dasar isolasi penduduk ke kawasan pendalaman. Pelbagai penyeksaan dilaksanakan kepada mereka yang tidak taat kepada ideologi komunis.

Golongan intelektual dihapuskan melalui cara penyeksaan. Mereka mati macam haiwan di empat buah penjara. Pol Pot turut menyeksa abangnya, Saloth Seng kerana cuba menghalang kegilaannya itu.

Salah satu kawasan yang menjadi saksi kekejaman Pol Pot. Kawasan ini antara tempat mangsa-mangsa dibunuh kejam.

Akhirnya disebabkan konflik dan peperangan yang berlaku antara Kemboja dan Vietnam pada tahun 1979 telah menyebabkan kejatuhan Pol Pot. Dia kemudian dibicarakan atas kesalahan penghapusan etnik dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Pol Pot meninggal dunia pada 15 April 1998 ketika berusia 72 tahun, Kematiannya menimbulkan pelbagai spekulasi kerana ada pihak yang mengatakan bahawa dia telah diracun, namun ramai pihak menyangkal tuduhan tersebut kerana Pol Pot berseorangan sewaktu meninggal dunia.

Kematian Pol Pot. Mayatnya dibakar sedemikian rupa sehingga diibaratkan bagai ‘membakar sampah’ oleh media.

Pol Pot sedar dia telah berlaku kejam dan menghapuskan rakyat Kemboja demi prinsip komunis yang dapat memastikan dirinya kekal menjadi hero. Namun dia masih mampu tersenyum walaupun semua saudara maranya menghinanya kerana perbuatannya itu.

Antara tulang temulang mereka yang menjadi mangsa kekejaman pemerintahan Pol Pot.

Antara Kekejaman Zaman Pol Pot

  • Tahanan penjara dipukul sepanjang hari. Disiksa dengan pelbagai seksaan. Antaranya kuku dicabut dengan playar dan dikenakan renjatan elektrik. Mereka dipaksa bekerja sepanjang hari tanpa rehat. Tidak dibenarkan mandi dan hanya diberi makan bubur cair mengalas perut.
  • Dalam tempoh empat tahun (1975 hingga 1979) pemerintahan rejim Pol Pot, lebih dua juta rakyat Kemboja mati kebuluran, diseksa dan dibunuh. Manakala ramai yang terselamat mengalami kecacatan fizikal dan mental.
  • Tentera Khmer Rouge pimpinan Pol Pot membunuh artis, guru, peguam, doktor, wartawan, ahli agama atau sesiapa saja yang dianggap sebagai golongan bijak pandai, termasuk mereka yang mempamerkan bangsa, agama atau kedudukan mereka. Malah, Mereka yang hanya memakai cermin mata dan kelihatan seperti golongan orang bijak atau kaya turut ditangkap dan dibunuh.
  • Penduduk ditangkap dan dibunuh atau dipaksa menjadi buruh kasar tanpa sebarang alasan.
  • Muzium pembunuhan beramai-ramai Tuol Sleng (Tuol Sleng Genocide Museum) antara monumen yang menjadi saksi kekejaman Pol Pot. Muzium di tengah bandar Phnom Penh itu antara lokasi penyeksaan rejim Khmer Rouge dari 1975 sehingga 1979.
Muzium Tuol Sleng.
  • Zaman Khmer Rouge (1975–1979) merujuk kepada era Pol Pot, Nuon Chea, Ieng Sary, Son Sen, Khieu Samphan dan pemerintahan Parti Komunis Kampuchea di Kemboja yang dinamakan sebagai Demokratik Kampuchea oleh Khmer Rouge ketika itu.
  • Pol Pot menjadi Perdana Menteri dari 1976 hingga 1979 dan sepanjang tempoh itu, kira-kira lebih dua juta nyawa manusia melayang angkara pelbagai pelaksanaan hukuman mati.
Pol Pot dalam satu interviu pada tahun 1998.
  • Disebabkan terlalu banyak kematian berlaku, zaman pemerintahan Khmer Rogue mendapat jolokan sebagai era penghapusan bangsa Kemboja.  
  • Hukuman mati selalunya dilaksanakan menggunakan racun, buluh runcing atau penyodok bagi menjimatkan peluru. Mereka yang mati dicampak ke dalam lubang kubur beramai-ramai. Bahkan, ramai juga mangsa yang dipaksa mengorek kubur mereka sendiri.
  • Mereka yang pandai berbahasa asing juga dibunuh. Malah, ahli perubatan juga ramai yang mati atau dilarang menggunakan kemhiran mereka. Sama ada mereka berketurunan Vietnam. China, Thailand termasuk golongan minoriti seperti Islam, Kemboja, Kristian, Buddhist juga menjadi mangsa.
  • Mereka yang didapati menyembah Tuhan, sembahyang, berdoa atau menampakkan aktiviti keagamaan lazimnya dibunuh. Komuniti Kristian Islam turut dihukum kerana dilabel sebagai sebahagian sfera pro Barat yang mencemarkan budaya masyarakat Kemboja.
  • Gereja Roman Katolik Phnom Penh dimusnahkan. Askar Khmer Rouge memaksa orang Islam memakan daging babi. Mereka yang enggan menurut perintah akan dibunuh. Golongan paderi Kristian dan para imam Islam ramai dihukum mati. Lebh 100 buah masjid turut dimusnahkan.
  • Sistem penyiksaan yang amat kejam menyebabkan para banduan dan tahanan tiada pilihan selain terpaksa mengakui segala tuduhan jenayah terhadap mereka walaupun mereka tidak melakukannya.
  • Pada Julai 1979, Pol Pot dibicarakan dan dijatuhi dihukum mati atas kesalahan membunuh rakyatnya sendiri. Hukuman itu dijatuhkan oleh kerajaan baru Republik Rakyat Kampuchea yang tertubuh dengan bantuan pasukan keselamatan Vietnam. Tetapi pada akhirnya, Pol Pot dihukum penjara seumur hidup. Ketika menjalani hukuman tahanan rumah, beliau telah meninggal dunia akibat sakit jantung pada 15 April 1998.
Askar Khmer Rouge menguruskan mayat Pol Pot yang mati kerana sakit jantung di rumahnya.

___________

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislam


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Di dasar laut, saya menemui kebesaran Allah’ – Afizah 

"Saya sangka dasar laut hanya dipenuhi ikan dan batu karang. Rupa-rupanya, di situlah saya belajar erti kehidupan." Luah Pengasas Mikraj...

More Articles Like This