Murid dalam negeri Fasa 4 hadir ke sekolah secara bergilir

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MURID-murid sekolah yang berada dalam negeri Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan hadir ke sekolah secara penggiliran mengikut sistem 50 peratus kehadiran.

Walau bagaimanapun, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kehadiran secara bergilir itu hanya akan bermula pada 17 Oktober depan.

Kata beliau, murid-murid bagi sekolah rendah dan menengah di negeri Fasa 4 antara 3 hingga 17 Oktober perlu menjalani pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) seperti biasa.

Menurutnya, hanya beberapa golongan termasuk murid berkeperluan khas (MBK); murid Semester 2 Tingkatan 6 dan IBD Tahun 2; murid di sekolah asrama sepenuhnya; murid kelas peperiksaan antarabangsa; murid prasekolah/tadika swasta dan pusat perkembangan minda dan sekolah kurang murid hadir ke sekolah tanpa penggiliran dalam tempoh tersebut.

“Mulai 17 Oktober pula, murid Tahap 1 di sekolah rendah akan hadir secara bergilir manakala murid Tahap 2 kekal PdPR.

“Murid Tahap 2 melibatkan Tahun 4, 5 dan 6 hanya akan hadir ke sekolah secara penggiliran mulai 31 Oktober atau 1 November bagi sekolah dalam Fasa 4,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baca artikel berkaitan: Sekolah Fasa 1 PPN kekal tutup, hanya beberapa golongan hadir Fasa 2

Bagi sekolah menengah dalam Fasa 4, Radzi menjelaskan, selain golongan yang dibenarkan hadir tanpa penggiliran, murid-murid lain akan belajar secara PdPR antara 3 hingga 17 Oktober.

Kata beliau, murid kelas peperiksaan awam, Tingkatan 3 dan 4 pula di sekolah harian atau swasta pula akan hadir ke sekolah mulai 17 Oktober.

Beliau berkata, murid kelas Peralihan, Tingkatan 1 dan 2 kekal PdPR sehingga 31 Oktober atau 1 November.

“Selebihnya kita akan membawa masuk ke sekolah bermula pada 31 Oktober,” jelas beliau.

Negeri di Fasa 3 pula, Radzi berkata, murid sekolah rendah masih melaksanakan PdPR seperti biasa kecuali MBK dan murid prasekolah atau tadika swasta yang hadir tanpa penggiliran.

Murid di sekolah menengah dalam Fasa 3, kata beliau, murid kelas peperiksaan awam di sekolah harian atau swasta pula hadir secara penggiliran.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This