Kanak-kanak jarang bersarapan? Ini panduan berguna untuk tumbesaran anak-anak

Dari Penulis

Kajian menyeluruh terhadap lebih dari 1000 kanak-kanak sekolah rendah mendapati bahawa kira-kira 30 peratus daripada mereka tidak bersarapan.

Antara sebab utama adalah tiada masa, tidak lapar, tiada selera. Justeru, ikuti panduan berikut untuk tumbesaran terutamanya sarapan pagi.

• Cuba kejutkan anak setengah jam lebih awal untuk bersarapan

• Sarapan dengan bijian penuh penuh seperti sandwish telur dengan roti bijian penuh, susu dan minuman bijian bersama kismis.

• Buah-buahan segar boleh ditambah ke dalam makanan berkhasiat seperti bijirin sarapan dan yogurt kerana ia lebih berkhasiat dan sedap.

• Berikan anak anda buah-buahan dan sayur-sayuran pelbagai warna bagi mendapatkan kebaikan daripada fitokimia berkhasiat yang berlainan di dalamnya.

• Hidangkan sayuran hijau dengan batang yang boleh dimakan seperti sawi dan kailan serta tomato, peria, bendi, lobak merah, kubis bunga dan brokoli.

• Berikan dua gelas susu sehari.

• Hidangkan ikan dengan tulang yang boleh dimakan seperti sardin dalam tin dan ikan bilis.

• Tingkatkan penyerapan kalsium dengan menghidangkan telur, marjerin dan makanan lain yang diperkaya dengan Vitamin D.

• Biarkan anak anda bermain di luar kerana cahaya matarahari membantu badan menghasilkan Vitamin D.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This