Usahawan dan pelawak, Shuib berkongsi rakaman video bersama arwah isteri, Siti Sarah kira-kira setahun lalu ketika kedua-duanya merancang untuk merakamkan lagu duet berjudul ‘Sampai tua’ bersama.
Jelasnya, lagu ini sangat bermakna buat dia dan Sarah kerana bait-bait liriknya, namun apakan daya, manusia hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukan.
“SAMPAI TUA
Video ni bertarikh 20 March 2020.Lagu yg dah kami dengar 11 tahun lepas sebelum kahwin dan tahun lepas kami bercadang nak jadikan lagu ni lagu duet kami sbb terlalu suka dgn bait2 lirik lagu ni.Kami hanya mampu merancang,Tp Allah Maha menentukan segalanya ? #SampaiTua#LaguAididAlfian#LirikAdSamad.”
Sebak dengan perkongsian Shuib, netizen mendoakan yang terbaik untuknya dan arwah.


Foto : Instagram Shuib

