“Isu ini bukan baru…” – Fizo Omar gesa kerajaan negeri atasi segera masalah air di Kelantan

Dari Penulis

Pelakon Fizo Omar meluahkan rasa kecewa tentang masalah kualiti air di Kelantan yang masih tidak berkesudahan sehingga ke hari ini.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya, Fizo atau nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, 36, memuat naik video kualiti air yang diterima penduduk di Kelantan.

Kata Fizo, dia berharap pihak kerajaan negeri Kelantan akan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut.

“Bukan nak complain tapi sebagai rakyat saya rasa patut saya bersuara tentang kualiti air di Kelantan.

“Isu ini bukan baru hari ni, dah bertahun dah macam ni. Air ini adalah keperluan harian dan tiada pilihan lain selain dari air paip kerajaan,” luah Fizo.

Dalam pada itu, Fizo turut memohon maaf sekiranya apa yang diluahkan itu menyebabkan ada pihak yang rasa kurang senang.

“Kepada mana-mana pihak yang berkaitan saya mohon maaf sekiranya posting ini buat mana-mana pihak tidak selesa tapi inilah hakikatnya!

“Diharap suara saya ini didengar dan diambil tindakan untuk kebaikan semua rakyat Kelantan. Sekadar info, masalah air kotor dan bekalan terganggu sudah lama disuarakan oleh penduduk Kelantan namun ia masih lagi terjadi sehingga ke hari ini,” kata Fizo.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This